Isteri Koh Tsu Koon meninggal dunia
GEORGE TOWN, 24 Julai — Puan Sri Chui Kah Peng iaitu isteri bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon meninggal dunia akibat kanser pagi ini.
Chui, 65, menghembus terakhir pada pukul 1 pagi di pusat perubatan Gleneagles di sini di sisi anggota keluarganya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui akaun Twitter turut menyampaikan ucapan takziah dengan berkata: “Menerima berita sedih pemergian Puan Sri Chui Kah Peng. Takziah dan simpati saya kepada Tan Sri Koh Tsu Koon & keluarga.”
Pemangku Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong turut menyampaikan ucapan takziah dan menyifatkan Gerakan kehilangan seorang ikon yang hebat dan insan yang dikasihi ramai.
Mayat mendiang dibawa ke rumah keluarganya di Halaman Cantonment, Pulau Tikus untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir sebelum disemadikan pada Khamis.
Mendiang meninggalkan seorang anak lelaki dan perempuan. — Bernama
from Malay Mail Online | All http://ift.tt/2aDvxCQ
Today updated news promoted by Mukah Pages
>> MobiMovi also share Free Online Movies with crystal clear pictures and sound on HD Blu Ray 1080p!
Post a Comment