Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ibu hilang anak kedua akibat difteria - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ibu hilang anak kedua akibat difteria

diphertia

SUNGAI PETANI: Seorang ibu kehilangan anak kedua akibat difteria, apabila seorang lagi anaknya meninggal dunia awal pagi tadi.

Muhammad Rusydi Rizky Amdin, 11 bulan, anak kepada Zalifah Hussin, 40, meninggal dunia di Flat Paya Nahu di sini kira-kira 2 pagi.

Bayi itu sebelum ini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim di sini selama seminggu dan dibenarkan keluar Khamis lalu.

Dia sebelum itu dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar.

“Dia sebelum ini kelihatan sihat dan ceria, walaupun berat badannya agak menyusut. Kira-kira pukul 2 pagi tadi, saya kejutkan dia untuk diberi susu, namun dia tidak memberi tindak balas.

“Lalu saya minta anak sulung saya tolong bawa adiknya ke hospital di mana doktor sahkan anak saya sudah meninggal dunia,” kata Zalifah.

Beliau berkata seorang lagi anaknya yang berumur tiga tahun turut mengadu tidak sihat.

Anak Zalifah yang berumur dua tahun Muhammad Haris Haikal meninggal dunia pada 21 Jun lalu juga akibat difteria.

 





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/29SY6Py

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.