Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apandi disaran letak jawatan jika berniat kembali dalam politik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apandi disaran letak jawatan jika berniat kembali dalam politik

apandi-syahredzanPETALING JAYA: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali disaran meletak jawatan sekiranya berniat atau ‘berhajat’ untuk kembali aktif dalam politik.

Demikian kata Ahli Majlis Peguam, Syahredzan Johan apabila ditanya mengenai amaran Apandi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng agar berhenti daripada mengulas pertuduhan rasuah yang sedang dihadapnya.

“Jika anda mahu kembali dalam politik, letak jawatan dan sertai parti politik. Atau aktif dalam Umno.

“Ancaman seperti ini membuktikan bahawa beliau tidak berminat mendakwa kes secara adil. Peguam negara perlu menarik balik pertuduhan dan membiarkan ia bebas.

“Saya tidak boleh bayangkan bagaimanana tertuduh boleh menjalani satu perbicaraan yang adil apabila mendapat ancaman daripada pendakwa raya utama,” katanya kepada FMT.

Semalam, Apandi berkata beliau memberikan ‘amaran terakhir’ kepada Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP yang baru-baru ini menjangka dirinya dipenjara dan mencadangkan agar pilihan raya baharu diadakan untuk DUN negeri terbabit.

Apandi berkata integritinya sebagai pendakwa raya tercabar dan beliau sudah memberikan amaran kepada Guan Eng.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen turut bersetuju dengan Syahredzan dan berpendapat kes Guan Eng itu bukanlah satu perkara yang rumit dan Apandi tidak seharusnya terlibat dalam pendakwaan kes berkenaan.

Tambahnya, kes wajar diambil alih oleh pendakwa raya lain kerana persepsi umum terhadap Apandi buruk sejak beliau mengambil alih jawatan peguam negara.

“Memang tidak wajar bagi Apandi mengeluarkan kenyataan sebegitu lebih-lebih lagi sebagai peguam negara, ia kelihatan ganjil. Sepanjang pengalaman saya, tidak pernah ada peguam negara yang tampil dengan kenyataan seumpama itu.

“Guan Eng perlu mempertahankan dirinya kerana pertuduhannya bukan melibatkan kes jenayah biasa. Ini kes berbaur politik,” katanya.

Bukan itu sahaja, Eric turut menyelar tindakan Apandi yang cuba mengugut untuk mengeluarkan bukti kepada media sekiranya Guan Eng enggan berhenti mengulas berhubung kes rasuahnya.

Katanya, bukti itu perlu dikemukanan di mahkamah dan bukan di dalam media.

“Bertambah pelik dan saya tidak tahu apa yang sedang berlaku,” katanya.

Sehubungan itu, Eric menyarankan agar Apandi menyerahkan kes ini kepada pendakwa raya lain supaya kes ini dijalankan secara lebih lancar.

“Saya nasihat dia lepas tangan, biar pendakwa raya lain ambil alih. Saya percaya jika pendakwa raya ambil alih, Guan Eng akan berhenti menyerang beliau (Apandi),” katanya.

Guan Eng dituduh atas tuduhan salah guna kuasa dan rasuah berkait penukaran status tanah pertanian kepada perumahan dan berhubung pembelian banglo RM2.8 juta yang dikatakan di bawah harga pasaran.

Ahli perniagaan wanita Phang Li Koon turut didakwa bersubahat dengan Guan Eng bagi kedua-dua kesalahan.

 





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/2ap166K

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.