Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isteri: Kenapa perlu pening kepala fikir Datuk Red dan Ruhainies? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isteri: Kenapa perlu pening kepala fikir Datuk Red dan Ruhainies?

Isteri pertama Datuk Seri Adnan Abu mahu ahli perniagaan itu ‘menyelesai sendiri’ kontroversi memegang belakang pelakon Ruhainies (foto). ― Foto ihsan Instagram/RuhainiesKUALA LUMPUR, 24 Jul ― Isteri pertama Datuk Seri Adnan Abu, yang didapati memegang belakang pelakon Ruhainies, mengakui “sudah lali” dengan perangai suaminya.

Syarifah Norshafila Hassim, 30, menyerahkan kepada suaminya, yang dikenali juga Datuk Red, untuk menyelesaikan sendiri kontroversi dengan pelakon 24 tahun itu.

“Apa yang berlaku di luar sana biarlah suami saya sahaja selesaikan, dia yang mula cari masalah.

“Mengapa saya perlu pening kepala fikirkan masalah dia?” katanya kepada portal Utusan Malaysia.

Memahami gelagat Adnan yang tidak suka “dibebankan dengan masalah”, Syarifah berkata beliau tidak mengungkit isu dengan Ruhainies walau ia menjadi perbualan hangat di media. 

"Sebab itu sehari dua yang lalu, ketika satu Malaysia kecoh mengenai kisah Datuk Red dengan artis Ruhainies, bila dia pulang ke rumah sepatah pun saya tidak bertanya soalan yang sama," kata Syarifah, yang dikenali juga Datin Red.

Beliau menegaskan hidupnya bersama anak-anak tetap bahagia dengan Adnan, yang dikahwininya lebih 10 tahun lalu, sewaktu Datuk Red bekerja sebagai pemandu lori sayur.

“Saya berkahwin ketika berumur 19 tahun, memang selepas 10 tahun tiada apa yang saya dapat rasakan selain sayang kepada dirinya mungkin juga sebab anak-anak.

“Kami mula mengalami kehidupan yang lebih senang sejak tiga tahun yang lalu, apabila perniagaan suami semakin baik,” cerita Syarifah lagi kepada akhbar itu lagi.

“Soal bermadu, saya rasa mana-mana wanita juga sama. Macam mana hancurnya hati saya ketika dia berkahwin dengan Adira, mungkin Adira juga merasai perkara yang sama kini.”

Seperti Syarifah, penyanyi “Ilusi” juga mahu Adnan menyelesaikan sendiri kontroversi itu.

“Biarlah suami saya menyelesaikan kemelut ini sendiri bersama Ruhainies. Apa sekali pun yang terjadi, saya reda,” kata Adira, 25, seperti dilapor Berita Harian semalam.

Foto Adnan, 38, memeluk pinggang Ruhainies ketika berada pusat beli-belah di Bukit Bintang pada Khamis lalu menjadi sorotan media. Video mereka berdua di luar pusat membeli-belah itu juga tersebar di media sosial.



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/2aDwxGU

Today updated news promoted by Mukah Pages

>> MobiMovi also share Free Online Movies with crystal clear pictures and sound on HD Blu Ray 1080p!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.