Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mana Nak Lari Dah: Cadangan Jalan Keluar Buat Malaysian Official 1 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mana Nak Lari Dah: Cadangan Jalan Keluar Buat Malaysian Official 1


1MDB bukan nya di saman dalam kes ini.

Look... money laundering adalah berpunca dari wang wang 1MDB dan ianya melalui system kewangan Amerika. Memang lah bukan 1MDB yg disaman. Yang dinyatakan ianya adalah wang 1MDB berjumlah USD3.5 billion yang di curi.

Dinyatakan seterusnya wang2 tersebut digunakan untuk membeli assets berbagai . Nak saman 1MDB kenapa? 1MDB adalah pihak yang dicuri wang nya. Ini adalah fakta simple yang wajib di fahami.

Apabila wang dicuri, dan digunakan untuk tujuan lain, ianya adalah money laundering. Yaani kesalahan besar di dalam dunia kewangan diseluruh dunia.

Walaupun kita di Malaysia tidak kesah wang 1MDB dicuri atau ditipu melalui Petrosaudi Jv dan Aabar BVI, ini tidak bermakna negara lain memandang ringan kes money laundering.

Ini baru pertama ..rampasan assets. Kenapa buat kes rampasan assets sebelum kes criminal? Sebab ianya utk memastikan harta2 tersebut tidak dicairkan!. ( atau ditukar nama orang lain )

Seterusnya akan ada criminal proceedings di US dan Swiss mahupun Singapore. Dan semua kes kes ini defendan nya pasti bukan 1MDB.. defendan mestilah nama2 yg sama dlm kes Kleptocracy ini.

Dan jangan harap nak lihat nama MO1 sebagai defendan dalam mana2 kes selagi dia berjawatan.
( copy dari FB Yaakob Osman )

Di atas adalah satu penerangan mudah apa yang patut kita fahami mengenai kes DOJ US sita aset yang berasal dari dana 1MDB.

Jom kita layan jejak wang atau money trail yang berjaya di temui oleh DOJ US -










Aset2 yang mahu disita itu bernilai hampir USD1 bilion ..... campur duit yang masuk ke akaun Najib di atas .... dekat USD2 bilion. Belum campur yang dibelanjakan ditempat lain.

Buat masa ni kita cuma tumpukan pada amaun 2 bilion itu kerana menurut Jabatan Kehakiman US, seperti yang saya garis merahkan di atas, amaun itu didapati dari PENYATA BANK.

Maknanya mereka ADA BUKTI.

Bukannya mereka pakai agak2 saja atau mereka bergantung kepada laporan WSJ atau Sarawak Report bagi membina kes terhadap Reza Aziz, Jho Low dan dua orang pak Arab itu.

Mereka ADA BUKTI.

Bukan apa, heran juga bila baca ada cai2 Najib yang cuba memperlekehkan tindakan pihak US itu kerana kononnya mereka bergantung kepada aduan Sarawak Report. So what ? Tak penting siapa pun yang buat laporan kerana selepas disiasat dan jika tidak ada bukti ditemui bagi menyokong dakwaan, apakah pihak DOJ akan failkan saman ? Atau buat sidang akhbar ?

Mereka bertindak begitu kerana mereka yakin dengan kes mereka. Kerana mereka ADA BUKTI.

Di US, tidak ada masalah untuk dapatkan penyata bank. Kalau hilang, pemegang akaun bila2 masa saja boleh minta salinan sah dari pihak bank. Kalau yang asal tak hilang pun, pemegang akaun masih boleh minta salinan. Berapa banyak salinan pun boleh minta dari bank.

Hanya di Malaysia saja kalau penyata bank dirampas oleh pihak berkuasa, maka tidak ada lagilah penyata bank untuk diserahkan kepada sesiapa yang mahu lihat.

Satu lagi point yang saya mahu sebut, sekiranya DOJ ADA BUKTI yang menunjukan jejak wang ( money trail ) sebagaimana didakwa, apa akan jadi kepada kes 1MDB yang dikemukakan dalam Mahkamah Timbangtara bagi menjawab tuntutan IPIC sebanyak RM26 bilion ?

Sudah pasti kesemua dana itu merupakan sebahagian dari dana yang menjadi pertikaian antara 1MDB-IPIC. Memang benarlah IPIC tidak terima dana didakwa telah dibayar oleh 1MDB kepada IPIC.

So ... apakah hujah balas 1MDB kepada IPIC ? Adakah 1MDB akan kata, bukan saja 1MDB telah menjadi mangsa penipuan dua orang pak Arab yang merupakan bekas CEO IPIC,tapi IPIC juga telah menjadi mangsa penipuan ?

Whatever lah .... yang pasti keputusan hakim di US itu akan ada impak kepada isu2 lain yag berkaitan dengan 1MDB.

Tak boleh lari la .......  BUKTI  ADA. Begitu juga dengan cerita dongeng tentang putera raja Arab yang bagi derma kepada Najib .... semuanya akan kantoi.

Mana nak lari ?

Bagaimana jika salah sorang dari mereka yang dituduh itu buat keputusan untuk belot kepada rakan2 seperdosaan dan sanggup menjadi saksi kepada DOJ demi menyelamatkan tengkok sendiri ? Jika itu berlaku maka akan terburailah segala tipu muslihat mereka dalam menipu rakyat Malaysia.

Hmmm ..... mungkin itu juga merupakan jalan keluar buat Najib .....

Jadi saksi kepada pihak DOJ US dan kemudian minta suaka politik dan seterusnya masuk Witness Protection Programme di US di mana saksi2 dalam kes2 tertentu akan diberikan kehidupan baru yang tidak dapat dikesan oleh sesiapa pun.

Menarik tu ..... kan Najib ? Fikirkan lah dengan serius cadangan ini .... Jangan fikir lama sangat, takut Jho Low yang terlebih dahulu ke depan !

Tak boleh lari dah ...... Anda hanya mampu melengah2kan kes tapi lambat laun masa akan mengejar anda jua.

Jika itu berlaku, apa akan jadi kepada cai2 Najib sekalian ?

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.