Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerjasama PAS-BN boleh cemar reputasi parti Islam itu – Khairuddin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerjasama PAS-BN boleh cemar reputasi parti Islam itu – Khairuddin

khairuddin-pas-bn

PETALING JAYA: Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menasihatkan PAS supaya berhati-hati memilih rakan politiknya ekoran pendedahan salah guna lebih AS$3.5 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad oleh Jabatan Kehakiman (DoJ).

Ekoran pendedahan itu, Khairuddin mengingatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya sedar kesan kerjasama dengan Barisan Nasional yang secara tidak langsung boleh mencemar reputasi PAS yang berpandu pada ajaran Islam.

Dalam pada itu, Khairuddin mengajak Hadi mempertimbangkan kerjasama dengan parti baharu yang akan ditubuhkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan ikhlas dan kerjasama yang boleh menjadi kenyataan.

“PAS harus berhati-hati dengan pergerakan politiknya bersama BN untuk meyakinkan kesetiaannya terhadap ajaran Islam.

“Kami berharap untuk bekerjasama dengan PAS, ia boleh menjadi realiti untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 15 Julai, Hadi Awang berkata PAS tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan menyertai pakatan pembangkang yang dicadangkan oleh Mahathir sebaliknya menyifatkan pakatan baru itu huru-hara kerana hanya bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan semasa yang bercanggah dengan pendirian PAS mengubah kerajaan menjadi lebih baik.

Khairuddin berkata reputasi Barisan Nasional terus tercalar selepas terlibat dalam salah laku, rasuah dan sedang menghadapi krisis keyakinan selepas siasatan dan penemuan DoJ mengenai penyelewengan wang dalam 1MDB.

“Bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memimpin negara apabila semua rakyat di dunia telah hilang keyakinan terhadapnya ekoran penglibatan 1MDB. Ia digambarkan sebagai penyelewengan dana kewangan terbesar di Malaysia dan dunia,” soal Khairuddin.

Beliau menasihati PAS supaya berhati-hati memilih sahabat politik untuk mengekalkan reputasi perjuangan Islam, terutamanya mengenai isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang hudud.

Beliau juga berharap diberi peluang berjumpa dan berbicara “dari hati ke hati” untuk menjalin hubungan jangka panjang yang lebih rapat dengan PAS demi membentuk barisan pembangkang yang mantap dan meyakinkan.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/2a1JaM8

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.