Hi! Welcome Back and Stay Tune! Galak judi dan ancam negara, pakar gesa haramkan Pokemon Go (VIDEO) - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Galak judi dan ancam negara, pakar gesa haramkan Pokemon Go (VIDEO)

Seorang wanita bermain Pokemon Go ketika pengguna bank berurusan di mesin ATM Sberbank di Krasnoyarsk, Siberia di Rusia pada 20 Julai 2016. — Foto ReutersKUALA LUMPUR, 24 Jul — Kerajaan digesa mengharamkan permainan Pokemon Go kerana ia menggalakkan judi dan mengancam keselamatan awam.

Pakar kriminologi Shahul Hamid Abd Rahim juga mendakwa kes pertaruhan wang pemain kanak-kanak berlaku di Jepun dan Amerika Syarikat, lapor Mingguan Malaysia.

“Haramkan segera jangan sampai bila sudah menular baru hendak ambil tindakan, pada masa itu sudah sukar untuk kita menanganinya.

“Kita tidak mahu apa yang berlaku di Jepun dan Amerika Syarikat menular di negara ini.

“Bagaimana jika pertaruhan melibatkan ganjaran yang besar mungkin masalah lain akan berlaku seperti pergaduhan dan pembunuhan.

“Itu belum kira daripada aspek keselamatan, ada di antara pemain yang sanggup menyelinap masuk ke rumah orang lain demi mendapatkan Pokemon yang dihajati.

“Perkara tersebut dibimbangi akan meningkatkan lagi kes pecah rumah di negara ini,” katanya kepada akhbar tersebut.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan aplikasi itu mampu mengancam keselamatan negara kerana ia boleh diakses melalui telefon bimbit.

“Mungkin juga ini merupakan salah satu daripada agenda pihak-pihak tertentu yang mahu menggodam sistem keselamatan negara,” katanya.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kelmarin menyarankan Malaysia mencontohi Arab Saudi yang mengharamkan Pokemon Go kerana dianggap berunsur perjudian.

Negara itu bagaimanapun menafikan pernah mengeluarkan fatwa sedemikian, lapor CNN Khamis lepas.

Namun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pernah berkata pihaknya setakat ini belum memutuskan untuk melarang Pokemon Go.

Indonesia melarang anggota tentera dan polis bermain Pokemon Go, walau belum dilancar secara rasmi di negara ini, ketika menjalankan tugas.

Kakitangan di Istana Presiden juga dilarang mengejar Pikachu dan watak-watak lain Pokemon di kawasan kediaman rasmi tersebut.

Pembangun aplikasi permainan itu Niantic dalam kenyataan berkata pihaknya belum ada rancangan lagi untuk memasuki negara-negara Asia Tenggara.

Setakat ini, permainan menangkap haiwan fiksyen itu didapati di lebih 30 negara selepas dilancarkan di New Zealand, Australia, Amerika Syarikat awal bulan ini.

Ia dilancarkan di Jepun, negara asal pencipta Pokemon, Jumaat lalu.



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/2a2Msmk

Today updated news promoted by Mukah Pages

>> MobiMovi also share Free Online Movies with crystal clear pictures and sound on HD Blu Ray 1080p!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.