Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amanz Dan Karangkraf Bekerjasama Untuk MajalahPC - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amanz Dan Karangkraf Bekerjasama Untuk MajalahPC

Majalah PC merupakan salah satu majalah berkaitan teknologi yang tidak asing lagi bagi pengguna tempatan. Ia diterbitkan oleh pihak Karangkraf, dan telah berada di pasaran sejak daripada lebih 20 tahun lepas. Majalah PC juga merupakan antara majalah berkaitan teknologi dalam bahasa Malaysia yang masih bertahan di pasaran.

Kini, dalam usaha untuk meneruskannya, Amanz dan Karangkraf bekerjasama untuk Majalah PC. Bermula bulan Jun 2016 lepas, kandungan untuk Majalah PC kini diuruskan oleh Amanz, sementara bahagian percetakkan dan pengedaran diuruskan oleh Karangkraf.

Majalah PC

Seperti ramai sedia maklum, Majalah PC adalah antara majalah yang menjadi rujukan ramai – termasuk kami sendiri – pada suatu ketika dahulu dalam mengenali arena perkomputeran dan teknologi. Kami di Amanz ingin meneruskan tradisi berkenaan, dan menyasarkan untuk memfokuskan kepada suatu topik menarik berkaitan dengan dunia teknologi pada sesuatu bulan. Selain itu, seperti biasa, pelbagai perkongsian kemaskini baru berkaitan dunia teknologi juga akan dikongsikan melalui Majalah PC dari bulan ke bulan.

Bagi anda yang ingin mendapatkan Majalah PC, boleh membuat langganan daripada laman EMall Karangkraf hari ini, dan mendapatkannya terus di peti surat anda, ataupun turut mendapatkannya di kedai-kedai buku berhampiran anda. Seperti biasa, sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan untuk terus menambah-baik Majalah PC ini, turut boleh berkongsi bersama kami.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2alMHqV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.