Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lepas Lama Berdiam Diri, Akhirnya Bapa Nur Syahida Bongkar Semua Penipuan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lepas Lama Berdiam Diri, Akhirnya Bapa Nur Syahida Bongkar Semua Penipuan

1

 

Lepas Lama Berdiam Diri, Akhirnya Bapa Nur Syahida Bongkar Semua Penipuan | “Itu memang gambar terbaru anak saya dirawat di hospital selepas ditampar guru yang mendakwanya mempunyai masalah disiplin,” kata bapa Nur Syahida iaitu Zulkifli Yunus yang cedera di leher selepas ditampar tiga kali oleh seorang guru wanita.

Viral di media sosial sejak beberapa hari lalu, mendakwa gambar berkenaan ialah gambar lama, ketika Nur Syahida dirawat kerana kecederaan selepas dia terjatuh di bilik air sebelum ini.

Zulkifli menegaskan, gambar yang disiarkan media utama termasuk oleh Harian Metro adalah gambar terkini dan bukannya gambar lama dan keluarganya tidak mengada-adakan cerita mengenai kecederaan dialami anaknya akibat kejadian itu sehingga terpaksa dirawat di hopsital.

Zulkifli juga menegaskan, jika anaknya tidak sembuh atau lumpuh, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Menurutnya, akibat ditampar, saraf di leher anaknya mengalami masalah dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sejak Khamis lalu.

“Anak sulung saya itu pernah terjatuh di bilik air November tahun lalu, menyebabkan lehernya cedera. Selepas itu, doktor menasihatkan anak saya supaya tidak melakukan kerja berat termasuk bersukan kerana bimbang sarafnya bermasalah dan boleh menyebabkan lumpuh.

“Saya maklumkan perkara itu kepada pihak sekolah, namun kejadian itu (ditampar) memberi kesan kepada leher anak,” katanya ketika ditemui di HRPZ II di sini, hari ini.

Kejadian ditampar itu tidak sepatutnya berlaku kerana guru mempunyai pilihan lain untuk mendidik dan menghukum, termasuk merotan dan tidak mencederakan pelajar.

Nur Syahida yang dibenarkan keluar wad hari ini, melahirkan rasa kesal dengan pelbagai fitnah yang diviralkan di media sosial.

“Banyak fitnah dilemparkan, namun saya bersyukur kerana ada pihak membetulkan fitnah, termasuk yang mendakwa saya berpakaian ketat.

“Hal sebenarnya saya ditampar kerana dikatakan mengandam kening walaupun kening saya itu, memang kening sebenar, dah macam itu rupanya,” katanya.

The post Lepas Lama Berdiam Diri, Akhirnya Bapa Nur Syahida Bongkar Semua Penipuan appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.






Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.