Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nur Ruhainies Dedah Perbualan Telefon Dengan Adira - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nur Ruhainies Dedah Perbualan Telefon Dengan Adira

1

 

Nur Ruhainies Dedah Perbualan Telefon Dengan Adira | Pelakon terkenal, Nur Ruhainies mengakui ada menerima panggilan telefon daripada penyanyi Adira yang merupakan isteri kedua Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red, lelaki yang kini hangat digosipkan dengan dirinya.

Menurut Ruhainies, dalam perbualan telefon tersebut, Adira menunjukkan sifat yang profesional malah tiada langsung unsur-unsur amarah dalam percakapannya.

“Adira ada hubungi saya pada malam kes ini dihebahkan. Dia bertanya apa sebenarnya yang berlaku. Saya memberi penerangan kepada Adira tentang cerita sebenar. Dia memahami apa yang terjadi dan tidak menyalahkan sesiapa.

Saya dan Adira tidak bermasam muka atau pun bergaduh. Dia pun belum memberikan apa-apa kenyataan kepada pihak media kerana mahu dengar penjelasan saya terlebih dahulu.

“Saya merasakan Adira sangat profesional. Cara dia bercakap dengan saya pun secara diplomasi dan tiada unsur marah-marah pun. Saya tidak bermasam muka dengan Adira,” katanya.

Nur Ruhainies menyatakan dirinya sama sekali tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Datuk Red, sebaliknya ianya berlandaskan hubungan kerja semata-mata.

Ruhainies turut menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak akan menganggu suami orang kerana mengakui tidak rela bermadu.

“Secara umumnya, saya tidak rela bermadu. Saya sendiri seorang yang kuat cemburu. Jadi kalau boleh, saya tidak mahu bercinta dengan suami orang.

“Namun, saya tak mahu bercakap besar kerana takut jodoh saya dengan suami orang. Tapi selagi saya boleh jauhkan, saya akan jauhkan,” ujarnya lagi.

The post Nur Ruhainies Dedah Perbualan Telefon Dengan Adira appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.






Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.