Hi! Welcome Back and Stay Tune! Setelah Hampir Seminggu VIRAL, Akhirnya Bapa Dan Pelajar Ditampar Guru Tampil Beri PENJELASAN !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Setelah Hampir Seminggu VIRAL, Akhirnya Bapa Dan Pelajar Ditampar Guru Tampil Beri PENJELASAN !!!

Setelah Hampir Seminggu VIRAL, Akhirnya Bapa Dan Pelajar Ditampar Guru Tampil Beri PENJELASAN !!!| Kota Bharu: “Itu memang gambar terbaru anak saya dirawat di hospital selepas ditampar guru yang mendakwanya mempunyai masalah disiplin,” kata Zulkifli Yunus, 58, bapa Nur Syahida, 15, pelajar tingkatan tiga sekolah menengah di Tanah Merah yang cedera di leher selepas ditampar tiga kali oleh seorang guru wanita.

iibui

Viral di media sosial sejak beberapa hari lalu, mendakwa gambar berkenaan ialah gambar lama, ketika Nur Syahida dirawat kerana kecederaan selepas dia terjatuh di bilik air sebelum ini.

Zulkifli menegaskan, gambar yang disiarkan media utama, termasuk oleh Harian Metro adalah gambar terkini, bukannya gambar lama dan keluarganya tidak mengada-adakan cerita mengenai kecederaan dialami anaknya akibat kejadian itu sehingga terpaksa dirawat di hopsital.

Zulkifli juga menegaskan, jika anaknya tidak sembuh atau lumpuh, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Menurutnya, akibat ditampar, saraf di leher anaknya mengalami masalah dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sejak Khamis lalu.

 

KOTA BHARU 25 JULY 2016. ( KBM239S ) Zulkifli Yunus menunjukkan gambar anaknya, Siti Nur Syaida, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah di Tanah Merah yang cedera di leher selepas ditampar tiga kali oleh seorang guru yang mendakwanya mempunyai masalah disiplin dan mencukur bulu kening ketika menerima rawatan di Hospital  Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu sejak Khamis lalu. STR/NIK ABDULLAH NIK OMAR.sahh2.jpg_1469448581

“Anak sulung saya itu pernah terjatuh di bilik air November tahun lalu, menyebabkan lehernya cedera.

“Selepas itu, doktor menasihatkan anak saya supaya tidak melakukan kerja berat termasuk bersukan kerana bimbang sarafnya bermasalah dan boleh menyebabkan lumpuh.

“Saya maklumkan perkara itu kepada pihak sekolah, namun kejadian itu (ditampar) memberi kesan kepada leher anak,” katanya ketika ditemui di HRPZ II di sini, hari ini.

Menurutnya, kejadian ditampar itu tidak sepatutnya berlaku kerana guru mempunyai pilihan lain untuk mendidik dan menghukum, termasuk merotan dan tidak mencederakan pelajar.

Nur Syahida yang dibenarkan keluar wad hari ini, melahirkan rasa kesal dengan pelbagai fitnah yang diviralkan di media sosial.

“Banyak fitnah dilemparkan, namun saya bersyukur kerana ada pihak membetulkan fitnah, termasuk yang mendakwa saya berpakaian ketat.

“Hal sebenarnya saya ditampar kerana dikatakan mengandam kening walaupun kening saya itu, memang kening sebenar, dah macam itu rupanya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Jaafar Ismail berkata, pihaknya sudah melawat mangsa di hospital dan melakukan perbincangan dengan keluarganya.

“Ayah pelajar berkenaan bersepakat menyelesaikan masalah itu dengan baik demi kepentingan bersama.

“Jabatan Pendidikan Negeri juga mengadakan taklimat kepada pengetua dan guru besar berhubung hukuman yang boleh dikenakan terhadap pelajar,” katanya.

Sumber : Mymetro

P.S. 1 – Pagi Raya. Aku Lafaz CERAI Isteri Di Hadapan Semua Adik Beradik Hanya Kerana AIR !!!
P.S. 2 – Terkini Bom Madinah. Inilah Tindakan 4 Polis Terhadap Pengebom Berani Mati Sebelum Mereka Syahid !!!
P.S. 3 – ”Aku Solat 5 Waktu Tak Lawan Mak Ayah, Kenapa AKu Yang Kena??” Wanita Ini MERAUNG Akibat Perbuatan Suami !!!
P.S. 4 – Pernah Bergelar Raja Permaisuri Agung. Selepas 15 Tahun Inilah Kehidupannya Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Bazar Ramadan. Apa Yang Dibawa Oleh Van Ini MENGEJUTKAN Ramai !!!

The post Setelah Hampir Seminggu VIRAL, Akhirnya Bapa Dan Pelajar Ditampar Guru Tampil Beri PENJELASAN !!! appeared first on SEMASA VIRAL.



from SEMASA VIRAL http://ift.tt/2a4e8Du
Berita sensasi lagi viral bersama semasaviral.com

href="

"_blank"> Jangan Terlepas Pandang! Klik Gambar! untuk Info Seterusnya...

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.