Verizon Dilaporkan Memenangi Bidaan Untuk Mendapatkan Yahoo!
Yahoo! telah mencari pembeli baru sejak daripada beberapa bulan lepas, dan kini, lanjutan daripada laporan sebelum ini, kini ia dikatakan Verizon telah memenangi bidaan untuk mendapatkan Yahoo! pada nilai sekitar $4.8 bilion.
Ia dikatakan Verizon akan memiliki perniagaan internet Yahoo! dan juga beberapa hartanah milik Yahoo!. Verizon dijangka akan mengekalkan penjenamaan Yahoo! seperti biasa.
Verizon sebelum ini telah mengambil-alih AOL (yang meliputi penerbitan digital seperti Engadget, TechCrunch dan sebagainya), dan pengambil-alihan Yahoo! ini akan mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam arena digital – disamping memudahkan lagi dalam penjualan pengiklanan digital.
Pengumuman berkaitan pengambil-alihan ini dijangka akan diumumkan pada hari ini, dan mungkin kita akan mengetahui lanjut mengenai apakah yang diambil-alih, dan apakah posisi Marissa Mayer selepas ini.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2a4Kdix
Post a Comment