Hi! Welcome Back and Stay Tune! Prisma Kini Ditawarkan Untuk Android – Mengubah Gambar Anda Kepada Bentuk Seni Moden - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Prisma Kini Ditawarkan Untuk Android – Mengubah Gambar Anda Kepada Bentuk Seni Moden

Beberapa minggu yang lepas, aplikasi Prisma telah diperkenalkan untuk iPhone, sekaligus menjadi salah satu aplikasi yang diminati ramai. Melalui aplikasi Prisma ini, ia membolehkan pengguna mengubah gambar yang dirakamkan oleh mereka kepada bentuk seni moden dengan pelbagai pilihan penuras yang menarik.

Hari ini, penerbitnya turut telah memperkenalkan aplikasi Prisma untuk pengguna Android – membolehkan pengguna Android turut menikmati dan menggunakan aplikasi sama.

Prisma iPhone

Menggunakannya, pengguna hanya perlu memilih gambar atau merakamkan gambar menggunakan aplikasi Prisma. Kemudiannya, anda akan dibawa kepada skrin pilihan untuk memilih daripada sejumlah penuras yang tersedia bagi mengubah gambar anda kepada bentuk seni moden.

Aplikasi ini menggunakan kecerdasan buatan tersendiri dalam menjadikan gambar anda menarik berdasarkan kepada sesuatu penuras yang dipilih. Pengguna turut boleh memilih untuk mematikan paparan watermark pada gambar melalui aplikasi ini.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Prisma ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini.

Prisma iPhone

Muat-Turun Prisma untuk Android

Muat-Turun Prisma untuk iPhone






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ao2t2X

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.