Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bersedia terima 20% lebih hujan tahun ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bersedia terima 20% lebih hujan tahun ini

azizan-abusamah

KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin menerima sekitar 20% lebihan hujan pada musim Monsun Timur Laut akan datang yang mengakibatkan banjir, kata seorang pakar klimatologi.

Naib Presiden Jawatankuasa Saintifik Penyelidikan Antartika (SCAR) Prof Datuk Azizan Abu Samah berkata lebihan hujan yang terhasil adalah kesan daripada fenomena La Nina.

“Pada tahun ini, kita akan masuk fenomena La Nina dan kemungkinan besar kita akan ada lebihan hujan yang dibawa oleh Monsun Timur Laut,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian pada majlis pra-tonton dan perbincangan mengenai filem dokumentari “Ice and The Sky” sempena Persidangan SCAR 2016 di sini semalam.

Azizan, yang juga pengarah Pusat Penyelidikan Antartika Malaysia, berkata Monsun Timur Laut yang bermula November ini hingga Mac tahun depan turut membawa angin lebih kencang.

“Ini berlaku apabila angin panas dari benua Artik akan menyebabkan udara sejuk dari Siberia masuk ke kawasan kita,” katanya.

Persidangan SCAR 2016 yang dirasmikan esok menghimpunkan lebih 930 peserta dari 43 negara bagi membincangkan antara lain soal perubahan iklim dan pemanasan global.





Mukah Pages bring you trending news media Free Malaysia Today

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.