Hi! Welcome Back and Stay Tune! PM Singapura mahu kaum bukan Cina dilantik presiden - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PM Singapura mahu kaum bukan Cina dilantik presiden

Lee-Hsien-Loong

PETALING JAYA: Perlembagaan Singapura mungkin dipinda bagi membolehkan kaum minoriti seperti Melayu dan India dilantik menjadi presiden republik itu dari semasa ke semasa, lapor The Straits Times (ST).

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam mengumumkan perkara itu berkata ia merupakan antara syor Suruhanjaya Perlembagaan yang menyiapkan laporannya minggu lalu selepas kajian 6 bulan.

Di bawah pindaan itu, Lee berkata individu yang bertanding untuk jawatan presiden Singapura juga perlu memenuhi beberapa syarat ketat.

Jawatan presiden Singapura pernah dipegang pelbagai bangsa. Yusof Ishak yang wajahnya tertera di mata wang dolar Singapura, merupakan presiden pertama negara itu selepas berpisah daripada Malaysia pada 1965. Beliau digantikan Dr Benjamin Sheares, seorang berbangsa serani, dan disusuli Devan Nair sebagai presiden ketiga.

Empat presiden lain Singapura sejak itu ialah Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, S.R. Nathan dan kini Tony Tan Keng Yam yang akan mengakhiri jawatannya pada Ogos tahun depan.

Pemindaan perlembagaan itu memerlukan undi 2/3 majoriti di Parlimen Singapura.

Jawatan presiden Singapura yang sekadar simbolik dan tidak mempunyai kuasa politik seperti perdana menteri, mula dipertandingkan sejak 1993.

Semalam, Lee, yang memberikan ucapan sempena Hari Kebangsaan Singapura dalam tiga bahasa – Inggeris, Mandarin dan Melayu – menekankan kepentingan golongan minoriti dilantik menjadi presiden dalam usaha meyakinkan mereka mempunyai peranan dalam negara.

Baru-baru ini, suatu tinjauan membabitkan 2,000 responden berusia 21 tahun ke atas mendapati seorang daripada setiap tiga orang dalam kalangan kaum minoriti pernah rasa didiskriminasikan daripada segi kaum.

Setengah daripada responden kaum minoriti bersetuju dengan kenyataan “orang lain berlagak seolah-olah mereka lebih bagus daripada anda”.

Kira-kira 74% rakyat Singapura terdiri daripada keturunan Cina, diikuti Melayu (13%) dan India (9%).

Lee mengakui faktor bangsa masih menjadi isu di Singapura walaupun selepas 50 tahun sebagai negara bebas, dan ini menyebabkan calon presiden dari kalangan kaum minoriti seperti Melayu dan India tidak berpeluang menang.

Katanya, jika perlembagaan tidak dipinda bagi tujuan itu, kaum minoriti akan mempersoalkan sama ada kaum majoriti Cina di negara itu tidak sensitif dengan keperluan kaum lain.

“Sekiranya sistem politik tidak berfungsi, kita gagal melahirkan pemimpin yang baik yang boleh dipercayai dan bekerja bersama, atau kita tidak dapat bekerja sesama sendiri dan berpecah belah, maka semua rancangan kita akan gagal,” kata Lee dipetik ST.

Lee turut menggesa diperketatkan syarat bagi seseorang itu bertanding jawatan presiden.

Katanya syarat kini di mana seseorang itu perlu berpengalaman mengurus syarikat gergasi dengan modal S$100 juta, sudah ketinggalan zaman.

Pautan:

Warga Singapura akui berdepan masalah perkauman, kata tinjauan





Mukah Pages bring you trending news media Free Malaysia Today

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.