Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes Bunuh Noor Amila: Serangan Seksual Antara Fokus Siasatan Polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes Bunuh Noor Amila: Serangan Seksual Antara Fokus Siasatan Polis

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat daripada pelbagai aspektermasuk culik untuk mendapatkan wang tebusan, dendam dan juga serangan seksual dalam kes pembunuhan Noor Amila Edrus Norsham.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata setakat ini, siasatan kesitu yang kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh, hanya melibatkan seorang individu.

Beliau berkata tempoh reman suspek utama kes pembunuhan kanak-kanak lima tahun itu, seorang lelaki berumur 26 tahun yang berakhir hari ini (Jumaat), disambung sehingga Rabu depan untuk membantu siasatan.

“Suspek yang merupakan warganegara Malaysia dan bekerja sebagai mekanik, direman selama empat hari bermula Isnin lalu.

“Pihak polis telah mendapatkan perintah tahanan reman suspek disambung sehingga Rabu bagi membantu siasatan,” katanya kepada Bernama sambil menafikan suspek adalah etnik Rohingya sebagaimana dilaporkan beberapa media tempatan.

Pihak polis juga telah mengambil keterangan 10 individu termasuk isteri lelaki itu, anggota keluarga yang lain serta beberapa penduduk kampung yang mengenali suspek dan mangsa, katanya.

“Ketika ditemui, mayat kanak-kanak berumur lima tahun itu dalam keadaan meniarap dan tangan dan kakinya diikat dengan tali kabel.

“Mangsa dipercayai telah meninggal dunia sejak hari pertama dia dilaporkan hilang pada Khamis lalu (11 Ogos),” katanya. -Bernama

DIKEMASKINI: Najib selamat kerana 3 tokoh dikhianati, kata Dr Mahathir

VIDEO TERKINI: Dr Mahathir: Adakah Riza Aziz anak tiri Agong?

KLIK BACA: Saya mungkin jadi sasaran penjenayah jika isytihar harta – Ku Nan

KLIK BACA: Kenapa Dr Mahathir pandu sendiri kereta Proton bersiar-siar?

The post Kes Bunuh Noor Amila: Serangan Seksual Antara Fokus Siasatan Polis appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.