‘Datuk’ Ditahan Tipu Jual Kad Debit Didakwa Mengandungi RM80 Juta
GEORGE TOWN: Seorang wanita berperwatakan lelaki yang menggunakan gelaran ‘Datuk Dr’ ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan menjual kad debit yang didakwa mengandungi nilai RM80 juta di sini, Isnin lepas.
Wanita berusia 47 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.30 malam di perkarangan sebuah hotel di sini berikutan aduan daripada seorang kontraktor mendakwa ditipu sebanyak RM100,000 untuk mendapatkan kad debit itu.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata kontraktor berusia 40 tahun itu mendakwa membayar RM100,000 kepada wanita terbabit dua minggu lepas dan mereka datang dari Selangor Sabtu lepas apabila wanita terbabit mengatakan akan memberikan wang dan kad debit itu di sini.
“Selepas dua hari wanita itu gagal memberikan wang atau kad debit, menyebabkan kontraktor berkenaan menyedari bahawa dirinya ditipu,” katanya pada sidang akhbar di sini Khamis.
Beliau berkata siasatan polis mendapati wanita terbabit bekerjasama dengan seorang lelaki rakyat India dan beroperasi di Selangor untuk mencari mangsa dalam kalangan orang kaya untuk ditawarkan kad berkenaan dengan harga RM2 juta.
“Mereka juga dikatakan mempengaruhi mangsa dengan menunjukkan wang kertas pelbagai mata wang terutama dolar Amerika bagi menyakinkan bahawa kad debit berkenaan memang mengandungi wang,” katanya.
Abdul Ghafar berkata setakat ini hanya seorang mangsa membuat laporan polis berhubung kes penipuan itu dan sehubungan itu polis meminta mereka yang ditipu wanita terbabit tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.
“Kegiatan wanita itu sangat licik, malah mangsa langsung tidak tahu dia adalah seorang perempuan kerana berperwatakan lelaki dan menggunakan nama lelaki,” katanya.
Beliau berkata susulan penahanan itu, polis merampas 104 keping mata wang USD1 juta setiap keping dipercayai palsu, pelbagai mata wang lain, cek bank, kad perniagaan dan beberapa dokumen perjanjian.
Beliau berkata wanita itu kini direman sehingga esok bagi membantu siasatan dan usaha mengesan rakan sindiketnya yang berusia lingkungan 50-an serta dipercayai berada di Selangor giat dijalankan. – Bernama
DIKEMASKINI: Najib selamat kerana 3 tokoh dikhianati, kata Dr Mahathir
VIDEO TERKINI: Dr Mahathir: Adakah Riza Aziz anak tiri Agong?
KLIK BACA: Saya mungkin jadi sasaran penjenayah jika isytihar harta – Ku Nan
KLIK BACA: Kenapa Dr Mahathir pandu sendiri kereta Proton bersiar-siar?
The post ‘Datuk’ Ditahan Tipu Jual Kad Debit Didakwa Mengandungi RM80 Juta appeared first on Malaysia Stylo.
Penyumbang : Malaysia Stylo
Post a Comment