Hi! Welcome Back and Stay Tune! PM Singapura pucat, menggigil terpaksa hentikan ucapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PM Singapura pucat, menggigil terpaksa hentikan ucapan

Lee-Hsien-Loong-was-taken-ill

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong tiba-tiba kurang sihat ketika berucap pada Perhimpunan Hari Kebangsaan malam tadi, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO).

“Pasukan perubatan sedang merawatnya sekarang. Hasil pemeriksaan mendapati keadaannya tidak serius. PMO akan memberikan maklumat lanjut dalam masa terdekat,” tambah kenyataan itu.

Lee, 64, dijangka menamatkan ucapan dalam versi bahasa Inggeris pada 10 malam.

Ucapan Lee tiba-tiba tersekat-sekat sebelum mukanya pucat dan badannya menggigil di rostrum sebelum visual televisyen dialihkan ke arah hadirin.

Sebelum itu, Lee berucap dalam versi Bahasa Melayu dan Mandarin pada 6.45 petang.

Sementara itu, Channel NewsAsia melaporkan Lee meminta Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean untuk menyampaikan pesanan beliau akan kembali menamatkan ucapannya.

Maklumat terkini dari PMO pula berkata: “PM Lee tidak sihat kerana telah berdiri terlalu lama, kepanasan dan dehidrasi. Keadaan jantungnya adalah baik dan beliau tidak mengalami strok.”

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya. PM Lee akan menyambung ucapannya pada pukul 10.40 malam ini,” tambah kenyataan itu.

Ketika menyambung ucapannya selepas berehat hampir sejam, Lee memulakannya dengan: “Terima kasih kerana menunggu saya. Semua orang resah. Saya tidak pernah melihat sebegini ramai doktor memeriksa saya pada satu masa.

“Walaupun mereka menyatakan saya tidak apa-apa tapi saya akan melakukan pemeriksaan penuh selepas ini. Tapi sebelum itu, saya akan habiskan ucapan saya.”

Kelihatan lebih segar selepas rehat itu, Lee menerima tepukan gemuruh hadirin yang berdiri sebelum menyambung ucapannya.

Beliau mengakhiri ucapannya itu dalam masa 15 minit.





Mukah Pages bring you trending news media Free Malaysia Today

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.