Hi! Welcome Back and Stay Tune! 7 Fakta Tentang Latif Romly, Pemenang Pingat Emas Ketiga Malaysia Sukan Paralimpik Rio - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

7 Fakta Tentang Latif Romly, Pemenang Pingat Emas Ketiga Malaysia Sukan Paralimpik Rio

Atlet Paralimpik negara, Abdul Latif Romly menghadiahkan pingat emas ketiga negara di Sukan Paralimpik Rio apabila menewaskan pesaingnya yang lain dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual).

Abdul Latif Romly

Bukan sahaja mencatat 7.60 meter dalam lompatan kelima, atlet berusia 19 tahun itu turut memecahkan tiga rekod dunia!

Susulan itu, pengguna laman sosial menyanjung tinggi kejayaan Latif, menerusi hashtag #terbangLatifterbang.

Ucapan tahniah menggunakan hashtag tersebut membanjiri laman sosial, menyatakan rasa teruja dan bangga dengan kejayaan luar biasa Latif.

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang wira negara ini:

1. Latif merupakan atlet yang tergolong dalam kurang upaya intelektual.

2. Berusia 19 tahun, Latif berasal dari Kampung Paya Kelubi, Perlis.

3. Tahun ini merupakan penampilan pertamanya dalam Sukan Paralimpik- beliau berjaya memecahkan rekod dunia yang dicatat oleh atlet Sepanyol, Jose Exposito (7.37m) pada tahun 2003

4. Beliau berjaya meraih pingat emas dalam acara lompat jauh pada Kejohanan Sukan Para Asia 2014, ASEAN Para Games 2015, Kejohanan Dunia Olahraga IPC 2015, Paralimpiad Sukma Sarawak 2016.

5. Pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016, Latif berjaya menewaskan atlet normal untuk meraih pingat emas serta mencatat rekod dunia yang baharu (7.46 m).

6. Selepas mencatat lompatan yang begitu cemerlang pada Sukma 2016, Latif telah berada dalam kedudukan baik untuk melakar kejutan membawa pulang emas di Rio.

7. Menurut portal Malaysia Online Marketing, Latif berlatih di Jerman sebagai persiapan ke Sukan Paralimpik edisi tahun ini.

'Saya mahu jadi legenda'

Latif Romly

Jika mahu dikira kelayakan merit dalam Sukan SEA, Latif sudahpun layak tatkala dia mencipta rekod dunia kali kedua, iaitu 7.54 meter.

"Saya memang sasarkan beraksi dalam Sukan SEA 2017. Macam tak percaya sahaja.

"Tapi kalau jurulatih benarkan, saya akan turut serta," katanya.

Dengan rekod Paralimpik dunia 7.60 meter, Latif sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk mencipta satu lagi sejarah baru bersaing dengan atlet normal.

Turut berada dalam sasarannya adalah mengejar rekod kebangsaan yang dipegang Josbert Tinus yang mencatat 7.88 meter.

Jika dibandingkan aksi serta rekod dunia Paralimpik yang dipegang Latif ketika ini, atlet berusia 19 tahun itu berkeupayaan untuk bersaing dengan atlet normal dari negara rantau Asia Tenggara yang lain.

"Seronok dapat bersaing dengan peserta yang lebih kuat daripada saya sebab saya nak timba pengalaman baru.

"Saya mahu jadi seorang legenda," tambahnya.

Latif mampu tergolong dalam kelompok pemenang Sukan SEA 2015 yang diungguli peserta Thailand, Supanara Sukhasvasti, dengan catatan 7.75 meter.

Semoga terus berjaya diucapkan buat Latif Romly.

BACA INI JUGA:

Sumber: Astroawani | SENTIASAPANAS



Jangan lupa share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.