Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tabiat Khusus Pengguna Asia Mungkin Penyebab Butang Home Fizikal iPhone Tidak Lagi Disertakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tabiat Khusus Pengguna Asia Mungkin Penyebab Butang Home Fizikal iPhone Tidak Lagi Disertakan

iPhone 7 dan 7 Plus tidak lagi mempunyai butang home fizikal yang boleh ditekan. Sebaliknya butang sesentuh dengan 3D Touch digunakan bagi menghasilkan tindak balas seperti ianya ditekan. Ramai berpendapat ini dilakukan bagi menjadikan peranti kalis air dengan ketahanan IP67. Namun sebab sebenar butang baru digunakan ini berkait rapat dengan tabiat khusus pengguna di Asia.

assistive-touch-iphone-ios

Jutaan pengguna iPhone di China tidak menggunakan butang home fizikal. Sebaliknya mereka mengaktifkan butang sesentuh atas skrin Assistive Touch sebagai ganti. Ini adalah kerana mereka percaya butang home fizikal yang wujud pada peranti mudah rosak sekiranya digunakan dengan kerap. Ini adalah masalah yang melanda model awal iPhone tetapi telah diperbaiki dengan model-model lebih baru. Tetapi kepercayaan lapuk ini berterusan dan penggunaan Assistive Touch berterusan bukan sahaja di Asia tetapi turut di Brazil.

Peranti iPhone dijual pada harga amat mahal pada dua pasaran ini dan pengguna akan melakukan apa sahaja untuk memastikan tiada kos tambahan terpaksa ditangguh untuk menukar butang yang rosak. Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda pengguna fungsi Assistive Touch? Kami secara peribadi tidak menggunakannya kerana ia menghalang pemandangan skrin.

 






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2cWivS4

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.