Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahathir pemimpin yang mampu eksploitasi emosi orang Melayu, kata Tun Musa Hitam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahathir pemimpin yang mampu eksploitasi emosi orang Melayu, kata Tun Musa Hitam

KUALA LUMPUR: Tun Musa Hitam menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin politik yang pintar, dan mampu mengeksploitasikan emosi sehingga menyebabkan orang Melayu berfikir beliau memperjuangkan nasib mereka.

“Saya fikir itu sebabnya beliau sering berkata, orang Melayu bodoh. Kemahiran politiknya menakjubkan,” katanya.

Pada Disember 2014, misalnya, ketika membincangkan masalah Malaysian Airlines, Dr Mahathir berkata orang Melayu terlalu bodoh untuk menerajuinya.

“Malah ketika berlaku krisis kepemimpinan sekarang, beliau secara terbuka dan berulang-ulang kali menyatakan, orang Melayu bodoh. Demikianlah hebatnya kuasa personaliti beliau,”ujar bekas Timbalan Perdana Menteri itu dalam memoirnya Frankly Speaking.

Untuk beberapa waktu, Dr Mahathir telah berusaha dengan pelbagai cara untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari kerusinya, tetapi gagal.

Dr Mahathir yang memerintah selama 22 tahun  dilihat mempunyai agenda peribadi, dan ketika pemerintahannya dari 1981 hingga 2003 telah mengamalkan sikap kuku besi.

Tindakan diambil terhadap pengkritik termasuk disumbat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Pengkritik yang berpengetahuan berkata, masalah terbesar Dr Mahathir ialah kekurangan kredibiliti,” kata Musa.

Hal ini terbukti daripada pelbagai komen negatif di media sosial terhadap tindak-tanduknya.

Mengimbas balik, kata Musa, beliau hairan bagaimana beliau dapat bertahan selama hampir lima tahun di bawah pentadbiran Dr Mahathir.

“Saya mengambil masa lebih sedikit daripada empat tahun untuk merumuskan bahawa perbezaan kami tidak dapat dileraikan, sehingga memaksa saya berundur,” kata Musa.

Bagi Musa, Mahathir mengambil strategi menyerang bagi mengelakkan orang lain mendedahkan salah lakunya.

Ujar Musa,  Dr Mahathir boleh mencetuskan gelora, namun tetap yakin beliau tidak akan menderita ekoran tindakannya itu; sebaliknya terus memiliki keyakinan tinggi dapat menguasai keadaan.

Ketika ini, beliau mahu mendedahkan salah laku Najib, katanya.

Pemblog, tambahnya, mungkin berkata terhadap Dr Mahathir, “Hey, bagaimana dengan keadaan ketika anda menyelamatkan anak anda menggunakan duit Petronas?” Tetapi adakah itu menakutkan beliau? Sama sekali tidak,” kata Musa lagi.

Dr Mahathir didakwa telah menggunakan wang Petronas untuk menyelamatkan syarikat perkapalan miliknya anaknya ketika krisis kewangan pada akhir 1990-an.

Dr Mahathir telah bersikap kritis terhadap memoir Musa berdasarkan beberapa kenyataan yang dikeluarkannya selepas ia beredar di pasaran. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.