Satu-satunya cara untuk bebaskan DS Anwar
Satu-satunya cara untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah sekiranya dakwaan liwat terhadapnya dibatalkan panel baharu Mahkamah Persekutuan. Menurut seorang peguam jenayah, Datuk N. Sivananthan kepada Free Malaysia Today, peguam Anwar perlu terlebih dulu meyakinkan mahkamah yang sabitan terhadap dakwaan itu tahun lalu adalah tidak adil. “Peguamnya perlu membuktikan keputusan itu tidak sah, berat sebelah atau prejudis,” kata Sivananthan yang merupakan peguam di Mahkamah Jenayah Antarabangsa dipetik FMT. Katanya, mahkamah hanya akan mengetepikan keputusan sebelum ini jika ia berpuas hati syarat ketat dipenuhi di bawah Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan 1995. Susulan itu, mahkamah akan mendengar rayuan dan pada peringkat [...]
Continue reading...
The post Satu-satunya cara untuk bebaskan DS Anwar appeared first on Ekeleh Media.
Sumber : Ekeleh Media http://ift.tt/2cdvQGI
Post a Comment