Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pertumbuhan ekonomi Sarawak perlu melonjak 6.5 peratus untuk capai status negeri maju berpendapatan tinggi pada tahun 2030 – Uggah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pertumbuhan ekonomi Sarawak perlu melonjak 6.5 peratus untuk capai status negeri maju berpendapatan tinggi pada tahun 2030 – Uggah

KUCHING: Sarawak mensasarkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 6.5 peratus sebagai usaha untuk mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi pada tahun 2030.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, untuk menikmati pencapaian ini, Kerajaan Sarawak telah merangka pelan strategik, dengan fokus untuk menganjakkan kadar pertumbuhan yang kini berada pada paras 4.4 peratus.

“Kita perlu membangunkan pelan sosioekonomi yang bersepadu, seimbang dan menyeluruh, dengan fokus dan tumpuan adalah kepada usaha meningkatkan tahap pendapatan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi, selain mengurangkan jurang pendapatan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet mengenai Transformasi Sosioekonomi Negeri di salah sebuah hotel terkemuka di sini, petang semalam.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar berkata, jawatankuasa itu akan memberi tumpuan kepada enam bidang keberhasilan utama iaitu Pembuatan, Pertanian, Pelancongan, Pembangunan Bandar, Pembangunan Alam Sekitar dan Perumahan.

“Cadangan-cadangan jawatankuasa ini kelak akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem pada Oktober, untuk diperhalusi sebelum dikemukakan kepada Bajet Negeri 2017.

Jelasnya, jawatankuasa tersebut telah mengenal pasti pelbagai cabaran yang dihadapi dalam usaha mencapai sasaran ini.

“Antaranya termasuklah keperluan untuk melakukan transformasi kepada kawasan kawasan luar bandar dengan menaikkan pendapatan bulanan rakyat kepada RM4,000.

“Selain itu, terdapat keperluan untuk membawa lebih ramai pelancong dan selain menarik pelaburan swasta ke negara ini,” katanya.

Tegas Uggah, hanya dengan mengatasi semua cabaran ini, barulah Sarawak akan muncul sebagai negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Turut hadir ialah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Wong Soon Koh. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.