Hi! Welcome Back and Stay Tune! SEKARANG SIAPA YANG LEBIH FIR’AUN? – 2 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SEKARANG SIAPA YANG LEBIH FIR’AUN? – 2

Dalam Al Quran, terdapat banyak cerita mengenai tabiat dan fi’il geng2 yang melakukan kejahatan dan rasuah. Pertembungan antara golongan yang ada kuasa dengan golongan yang ditindas, saikoloji penindas dan yang dizalimi adalah antara isu2 yang dapat dilihat dan dipelajari dalam kisah firaun dan nabi musa as.

Firaun bukan nama khusus seseoang raja – tapi ianya gelaran keatas pemerintahan yang zalim, ganas, dan buas. Maka, istilah firaun boleh dipakai dalam mana2 zaman untuk merujuk kepada pemimpin dan kerajaan yang ganas dan buas.

Malaysia hari ini, berada dalam keadaan yang demikian.

Banyak lagi pengajaran politik ada dalam surah ke 7 Al Quran itu. Bermula dari ayat 103.

Senjata paling ampuh dalam tangan rakyat yang ditindas dan dizalimi oleh pemerintah yang buas, ialah kebenaran.
Mesti ada saf pemimpin yang berani berdepan dengan penguasa yang zalim.
Mereka menjuarai kebenaran dan golongan yang ditindas.
Kekuatan kumpulan ini bukan datang dari kedudukan atau jawatan- tapi datang dari kebenaran misi mereka.
Dalam kumpulan yang ditindas mesti ada disiplin dan kesetiaan kepada prinsip2 kebenaran.
Pemimpin juga mesti tegas dan menjaga disiplin pengikut.
Sementara kejayaan adalah kerana pertolongan dan bantuan rabbul alamin, kegagalan berpunca dari perbuatan sendiri.
Dari pihak pemerintah yang buas , kita pelajari beberapa perkara. Ketua pemerintahan yang buas, menganggap dirinya maha kuat. Bahkan mencapai taraf Tuhan. Keliling nya, ada kumpulan dedalu yang hidup menghisap hayat dari institusi pemerintahan. Mereka terdiri dari pemuka2 pemerintahan- tukang sihir, penasihat, pengipas dan satu pasukan yang sentiasa bersedia membuli dan mengkasari rakyat jelata. Antara pembodek dan pengipas ada yang mempunyai hati yang bersih- apabila kebenaran dilihat dan diterima, mereka sanggup berpaling tadah dari Firaun.

Didalam  kumpulan pemuka2 Firaun ada kumpulan kecil yang tebal dosa mereka dan memang tidak boleh diselamatkan. Mereka melihat yang berpaling tadah sebagai pesalah. Mereka akan menasihati Firaun melakukan kezaliman, kaki dan tangan dipotong dan dibunuh diatas tiang salib. Potong tangan dan kaki secara bersilang ini rupa2 nya telah dilakukan oleh Firaun beribu tahun yang lampau. Ada suatu kumpulan dalam masyarakat kita mahukan hukuman seperti itu dipraktikkan.

Firauan mengelilingi dirinya dengan pembesar2, tukang sihir dan pemuka2 negara. Kepentingan mereka ialah mengekalkan firaun sebagai pemerintah supaya institusi firaun itu terus dijadikan sumber menzalimi dan menekan rakyat. Tidak syak lagi, merekalah yang berusaha membentuk imej Firaun sebagai Tuhan disamping sifat ego Firaun yang semula jadi.

Perkara serupa berlaku pada Najib. Kita lihat bagaimana beberapa orang menteri membentuk imej Najib yang bersifat mutlak. Kalau lawan Najib sama seperti murtad. Najib anugerah Allah untuk bangsa Melayu. Najib pelopor wasathiyah, maqasid shariyah dan sebagainya. Najib tidak boleh berbuat apa2 kesilapan.  Ramai orang dengki sama Najib. Amerika serang Najib sebab dia Muslim yang baik.

Seperti Firaun zaman dahulu, hari ini, najib pun dikellingi tukang sihir yang selalu melakukan sihir keatas rakyat. Mengenai isiu perbelanjaan Rosmah Mansor sebagai contoh, ambil lah tindakan yang sendo- saman umpamanya. Di Amerika semua ada hak untuk memulakan tindakan undang2 dan sistem perudnangan disana bukan seperti system undang2 dalam repablik pisang.

Reaksi seorang tukang sihir Najib, Saleh said keruak nama nya, bersifat kartun. Dia telah mencadangkan ASWJ meletakkan calun dalam PRU14. Apa kena budak ini? Sampai sebut konsep might is right lah, neocon lah- hello ini semua tidak kena mengena dengan isiu belanja Rosmah. Hanya jawab, belanja atau tidak? Jika belanja, dari mana dia dapat duit?

Konsep might is right itu sebenarnya, sedang diamalkan oleh kerajaan yang Saleh Said Keruak menjadi anggotanya. Laman web yang kritikal kepada kerajaan ditutup. Mereka menggunakan akta hasutan mengancam kebebasan memberi pendapat.

Lih- zaman kamu membodohkan rakyat dan menakutkan mereka sudah berlalu. Berlagak professional dan pandailah sedikit. Cerminkanlah bahawa kabinet boss kamu ada kualiti sedikit. – http://ift.tt/2cHuq6O

.



Contributer : Malaysia Chronicle http://ift.tt/2cY6i22

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.