Hi! Welcome Back and Stay Tune! Robert Kuok mahu jual pawagam GSC - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Robert Kuok mahu jual pawagam GSC

KUALA LUMPUR – Tan Sri Robert Kuok dilaporkan akan menjual jenama pawagam Golden Screen Cinemas Sdn. Bhd. (GSC) dan berpotensi menjana pulangan sehingga AS$500 juta (RM2.08 bilion) daripada transaksi tersebut.
Menurut sumber, syarikat PPB Group Bhd. (PPB) yang dikuasai Kuok, individu terkaya di Malaysia, telah menjalankan pusingan pertama proses bidaan GSC, namun enggan mengulas lanjut kerana maklumat proses penjualan tersebut adalah sulit.

PPB bagaimanapun hari ini memaklumkan kepada Bursa Malaysia, syarikat sentiasa mengkaji segala peluang yang ada terhadap aset-asetnya termasuk GSC demi memaksimumkan pulangan kepada pemegang saham.

“Sehingga kini, tiada lagi keputusan yang dicapai termasuk dari segi nilai transaksi yang akan dipersetujui. Pemegang saham atau pelabur yang berpotensi juga perlu mengetahui dan sebarang kajian yang sedang dijalankan tidak semestinya berakhir de­ngan transaksi penjualan,” jelas PBB dalam kenya­taan itu.

Mengulas perkara tersebut, Ketua Penyelidikan Etiqa, Chris Eng berkata, GSC dilihat merupakan aset yang menarik untuk dimiliki memandangkan tiket pawagam di Malaysia masih dianggap rendah berbanding di negara lain di rantau ini.

“Penjualan itu bakal menarik perhatian syarikat-syarikat berkaitan untuk mendapatkan aset pawagam tersebut kerana tontonan pawagam menjadi aktiviti untuk bersama keluarga dan rakan-rakan,” jelasnya.

Mengikut pengumpulan data oleh Bloomberg, sebanyak AS$16.1 bilion (RM64.4 bilion) telah dibelanjakan oleh syarikat-syarikat di rantau ini untuk membeli aset-aset hiburan dalam tempoh setahun yang lalu.

Perkembangan itu membuatkan GSC yang mempunyai 345 skrin digital di Malaysia antara aset terbaharu yang terdapat di dalam pasaran untuk dibeli.

Bahagian pengagihan dan pameran filem telah menyumbang keuntungan sebanyak RM65.6 juta kepada PPB, sekali gus meletakkan bahagian itu sebagai antara penyumbang terbesar kepada syarikat selepas bahagian komoditi dan perniagaan pertanian.

Kuok menguasai PPB menerusi syarikat pegangannya, Kuok Brothers Sdn. Bhd. yang memiliki 50.8 peratus kepenti­ngan. Mengikut Indeks kekayaan Bloomberg, Kuok memiliki kekayaan AS$13.1 bilion (RM53.7 bilion) dan menjadikan beliau orang ke-72 terkaya di dunia.

Pesaing utama GSC ialah TGV yang mempunyai kapasiti 235 skrin. TGV dimiliki oleh Tanjong Public Limited Company yang dikaitkan sebagai aset hiburan dimiliki oleh orang kedua terkaya Malaysia, Ananda Krishnan.
– Malay Mail



Penyumbang : Malaysia Chronicle http://ift.tt/2cCWJoJ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.