Jabatan Perikanan Malaysia Nafi Boleh Hidap Kanser Jika Memakan Tilapia!
Sebelum ini hangat diperkatakan di media sosial kononnya terdapat dakwaan yang mengatakan ikan tilapia membawa penyakit yang boleh menyebabkan kematian sehingga isu ini menjadi viral.
Kenyataan berkenaan mendakwa, ikan tilapia diberi makanan yang tidak sihat, bukan dari sumber semulajadi dan berunsurkan Genetically Modified Organism (GMO), yang akan menyebabkan ikan tilapia membawa satu sel kanser.
Walaupun dakwaan tersebut hanya menyebut ia hanya berlaku kepada ikan tilapia dalam sangkar sahaja namun, isu ini mampu membuat orang ramai tidak senang duduk.
Terkesan dengan dakwaan yang menjadi viral ini, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) melalui satu kenyataan, menyangkal sama sekali apa yang diviralkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Maklumbalas Terhadap Dakwaan Ikan Talapia Mempunyai Sel Kanser oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Antara Isu Yang Dibangkitkan:
1. Ikan tilapia mengandungi 10 ribu sel kanser menurut laporan kajian WHO
#Ulasan DOF
WHO tidak langsung mengeluarkan laporan sedemikian di laman webnya.
Tiada artikel saintifik (di dalam dan luar negara) berkaitan laporan terdapatnya sel kanser pada isi ikan tilapia.
2. Ikan tilapia diternak dengan “hormonal feed that are filled with steroids and other fattening chemicals”
#Ulasan DOF
Tiada laporan saintifik yang mengaitkan isu penggunaan makanan ikan yang dicampur hormon dan agen penggalak tumbesaran diamalkan dalam industri ternakan tilapia di negara ini.
Pengusaha ternakan ikan tilapia pada masa ini kebanyakannya menggunakan strain tilapia yang ditambahbaik melalui pembiakbakaan (selective breeding), kacukan dan hybrid untuk tujuan meningkatkan kadar tumbesaran.
Maka penggunaan hormon dan agen penggalak tumbesaran tidak perlu dan membazir serta akan meningkatkan kos operasi.
3. Omega 6 fatty acid in tilapia can increase risk of getting blood clot, arthritis
#Ulasan DOF
Kajian saintifik yang dijalankan oleh FRI bersama WorldFish pada tahun 2010 berkaitan kandungan fatty acid dalam isi tilapia mendapati paras omega-3 lebih rendah berbanding omega-6.
Penentuan risiko kepada kesihatan manusia untuk penyakit seperti dinyatakan di atas dibuat dengan mengira nisbah omega-6 kepada omega-3. Jika nilainya melebihi 5, ia dianggap berisiko kepada kesihatan manusia.
Walau bagaimanapun, kajian ini mendapati nisbah yang direkodkan adalah 3.3 yang menunjukkan ia jauh lebih rendah daripada paras berisiko tersebut.
Rumusan
Ikan Tilapia Malaysia berpotensi besar di dalam pasaran domestik dan eksport serta mempunyai stok ternakan yang baik juga selamat untuk dimakan.
Orang ramai diharap tidak terkesan dengan dakwaan tidak benar akan ikan tilapia dan dengan penjelasan yang telah diberikan oleh pihak Jabatan Perikanan Malaysia ini.
Orang ramai harus lebih berhati-hati dalam menerima maklumat yang tidak sahih, dan seharusnya membuat pengesahan kepada pihak berwajib terlebih dahulu.
BACA INI JUGA:
Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia

- 5 Jenis Spesis Ikan Tilapia Terbaik Untuk Diternak
- Makan Sotong Kering Lebih Bahaya Dari Asap Rokok?
Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia
Jangan lupa share!
Post a Comment