Hi! Welcome Back and Stay Tune! 70% Ahli Kongsi Gelap Di Malaysia Adalah Orang India - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

70% Ahli Kongsi Gelap Di Malaysia Adalah Orang India

PETALING JAYA: Statistik polis menunjukkan Malaysia hanya mempunyai 7.1% populasi India, tetapi lebih 70% ahli kongsi gelap terdiri daripada India, manakala 70% banduan di seluruh negara ialah kaum India.

Orang Cina merangkumi 23.7% dan lebih 25% ahli kongsi gelap ialah kaum Cina, sementara populasi teramai di negara ini ialah orang Melayu yang terdiri daripada 50.4%, tetapi yang menyertai geng kongsi gelap hanyalah 4.77%.

Berdasarkan statistik polis itu juga, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris yang dipetik China Press berkata, sebanyak 38 daripada 49 kumpulan kongsi gelap dalam negara ini terdiri daripada India, di mana kebanyakan ahli mereka berusia 20 hingga 30 tahun.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menggesa kerajaan menghalang tayangan filem ‘Kabali’ kerana walaupun sekadar “hiburan”, tindakan samseng melakukan jenayah tidak boleh menjadi satu kebiasaan.

Katanya, prinsip sama juga terpakai kepada filem lain yang berunsur ganas.

Idris berkata, filem ‘Kabali’ mencerminkan hakikat kejam masyarakat India dibelenggu kesengsaraan. Filem itu juga akan menjejaskan pemikiran kanak-kanak dengan menganggap kehidupan tidak terlepas daripada keganasan.

Beliau berkata, kaum India berdepan persekitaran ekonomi dan sosial tidak baik adalah punca utama ramai daripada mereka menyertai kumpulan kongsi gelap.

Beliau juga berharap separuh daripada kutipan jualan tiket sebanyak RM12 juta dalam tempoh seminggu digunakan untuk memberi latihan pekerjaan kepada golongan miskin atau membiayai anak mereka ke sekolah.

Idris pada 5 Ogos lalu berkata, adalah pelik tayangan filem Tamil itu dibenarkan di Malaysia ketika kerajaan berusaha keras membanteras kegiatan samseng dan keganasan, kerana mesej yang dibawakan ‘Kabali’ ialah seseorang itu tidak bersalah jika menjadi ahli kumpulan samseng, asalkan dermawan.

Filem ‘Kabali’ yang dibintangi pelakon terkenal, Rajinikanth atau nama sebenarnya Shivaji Rao memegang watak samseng Don di Malaysia dan dikenali sebagai Kabaliswaran yang merupakan judul filem tersebut.

Filem sentuhan pengarah India, Pa Ranjith itu yang menjalani penggambaran di beberapa lokasi di Malaysia, termasuk Kuala Lumpur dan Pulau Carey turut menampilkan pelakon tempatan seperti Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim, Zack Taipan serta pelakon terkenal Taiwan, Winston Chao.

Sumber : FMT



Sumber : Oh My Media TV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.