Mozambique Tunjuk Tiga Serpihan Baharu Disyaki Milik MH370
MAPUTO – Pihak berkuasa Mozambique pada Isnin menunjukkan tiga serpihan baharu pesawat yang terdampar di pantai, disyaki milik MH370.
Objek paling besar berbentuk tiga segi yang berwarna putih dan merah di satu bahagian dengan metalik di sebelah satu bahagian lagi.
Serpihan itu ditemui seorang pekerja hotel di perairan Inhambane, wilayah selatan Mozambiq pada bulan lalu.
Pengarah pihak berkuasa Mozambique, Joao de Abreu berkata, ia merupakan serpihan berwarna yang pertama ditemui.
Bercakap pada sidang media, beliau berkata, serpihan itu mungkin “aileron, penaung, (atau) lif.”
Katanya, di bahagian dalamnnya, terdapat label yang begitu mudah untuk mengenal pasti ia adalah pesawat mana.
Dua lagi serpihan adalah lebih kecil dan ditemui seorang anak lelaki kepada diplomat Kesatuan Eropah (EU) dekat sebuah resort Xai Xai di selatan dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa pada minggu lepas.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai dua serpihan tersebut.
Kesemua objek itu akan dihantar ke Malaysia untuk pemeriksaan.
Pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan kesemua 239 orang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang pada Mac 2014.
Australia yang mengetuai pencarian itu telah melakukan pemeriksaan ke atas lima serpihan setakat ini, yang ditemui di Mozambique, Afrika Selatan dan Mauritius, dilihat hampir pasti dari pesawat itu.
Serpihan pertama yang dikaitkan dengan MH360 merupakan sayap yang dikenali sebagai ‘flaperon’ sepanjang dua meter, terdampar di pulau Reunion di Lautan Hindi setahun lalu. – AFP
.
from Malaysia Chronicle http://ift.tt/2co2dAX
Post a Comment