Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pusat Rekreasi Pandelela di Samarahan berkonsepkan alam semula jadi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pusat Rekreasi Pandelela di Samarahan berkonsepkan alam semula jadi

KUCHING: Atlet jutawan yang namanya harum meledak selepas Olimpik Rio 2016, Pandelela Rinong Pamg bersetuju meminjamkan namanya yang masyhur untuk diabadikan pada Pusat Rekreasi Pandelela — taman berkonsepkan alam semula di Kota Samarahan.

Pandalela, 23 pemenang pingat perak bagi acara terjun 10 meter platform seirama berpasangan dengan Cheong Jun Huoong pada Sukan Olimpik Rio 2016.

Empat tahun lalu, Pandelela menjadi atlet wanita pertama Malaysia memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik edisi London dalam acara 10m platform individu.

Pada Isnin, Pandelela diraikan dalam majlis anjuran Majlis Daerah Samarahan (MDS) dengan kerjasama Summer Mall Kota Samarahan di pasar raya itu.

Sebelum ini, pada Sabtu lepas, Kerajaan Negeri mengumumkan persetujuan kabinet menukar nama Pusat Akuatik Petra Jaya sebagai Pusat Akuatik Pandelela Rinong sebagai menghargai kecemerlangan anak Kampung Jugan, Bau itu.

Wali Kota MDS Datuk Peter Minos berkata pihaknya menunggu Jabatan Landskap memutuskan pelan induk landskap bagi Kota Samarahan itu.

“Ibu bapa Pandelela tinggal di Kota Samarahan dan dia membesar di sini.

“Menjadi kebanggaan meminjam namanya untuk sebuah pusat di Samarahan,” kata Minos.
Bagi Pandelela pula, semua orang patut berbangga dengan Kota Samarahan yang menempatkan beberapa institusi pengajian tinggi seperti Unimas, UiTM, institut pendidikan guru, vokasional dan Intan.

Sementara, landskap dan kehijauan Kota Samarahan memikat hati atlet Olimpik itu.
“Masa kanak-kanak saya, dimanfaatkan di Kota Samarahan dan saya sayangkan tempat ini dan (ia) sentiasa berada dalam ingatan (saya),” ujar Pandelela pada majlis meraikannya.

Pandelela yang kini berstatus jutawan mengumpul RM1.85 juta sebagai habuan kemenangan pingat perak dalam Sukan Olimpik 2016 di Rio De Jeinero, Brazil baru-baru ini,

Pada Sabtu lepas, beliau menerima insentif RM500,000 daripada Kerajaan Negeri.
Manakala, RM100,000 lagi disumbangkan oleh syarikat swasta, Techninier Sdn Bhd.
Syarikat pemaju, Tenaga Stabil Sdn Bhd pula menghadiahkan kondominium bernilai RM750,000 kepada atlet tersebut.

Sebelum ini, Pandelela menerima RM500,000 insentif yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) untuk Olimpik, Pandelela juga berkongsi ganjaran RM300,000 serta pencen bulanan RM3,000 seorang bermula serta-merta sebagai ganjaran atas kejayaan memenangi pingat perak di Olimpik Rio. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.