Adnan Yaakob Bayang Hasrat Tidak Bertanding PRU14
KOTA BHARU – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob membayangkan hasratnya untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
Walaupun hasrat itu belum dimuktamadkan, beliau berkata apa yang dikatanya adalah berdasarkan logik dan munasabah kerana sudah lama bergelumang dalam politik.
“Dalam soal ini, saya cuma lontarkan pandangan saya sahaja sebab sudah agak lama (30 tahun dalam politik)…kalau bersara pun memang patut.
“Dalam politik, kalau nak bersara tidak semestinya kena ada penganti. Penganti akan datang apabila sampai waktunya.
“Apatah lagi di Pahang, kena dapat perkenan Sultan dan sokongan Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Ketereh di sini, Jumaat.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Ketereh merangkap Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa. Adnan berkata keputusannya itu bukan kerana adanya desakan pihak yang mahukannya berbuat demikian.
“Dalam politik, kita sendiri kena buat `bacaan’…saya mahu berundur bukannya kerana ada desakan.
“Dalam politik sebenarnya tempoh 50 tahun itu pun pendek sahaja,”kata beliau. -Bernama
Contributer : Malaysia Chronicle http://ift.tt/2c4L8Oe
Post a Comment