Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syabu 1.7 kg bernilai RM100,000 dalam bekas bedak dirampas di Bintulu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syabu 1.7 kg bernilai RM100,000 dalam bekas bedak dirampas di Bintulu

BINTULU: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Bintulu merampas dadah syabu kedua seberat 1.7 kilogram bernilai RM100,000 dalam pemeriksaan yang diadakan di bilik hotel bajet di Pusat Komersil Parkcity.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu, DSP Jame Reis berkata, dua suspek berbangsa India berusia 21 dan 31 tahun ditahan polis kira-kira 7 petang Jumaat.

Kedua-dua suspek menunjuk sendiri tempat mereka menyembunyikan syabu tersebut di bilik hotel bajet yang dihuni oleh mereka selama enam hari.

Tangkapan tersebut merupakan rampasan kali kedua di Bintulu dan juga merupakan rampasan kedua terbesar melibatkan syabu di Sarawak.

Sebelum ini, polis berjaya merampas syabu di Kuching.

“Pada pemeriksaan tersebut polis menemui dua botol bedak jenama Johnson’s Baby yang terletak di dalam rak kayu meja solek di bilik hotel tersebut.

“Masing-masing (di dalamnya) mengandungi satu  paket plastik lut sinar seperti ketulan kristal yang disyaki dadah jenis syabu,” kata Jame pada sidang media di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu.

Operasi serbuan dan pemeriksaan diketuai oleh Inspektor Nicholas Golibin bersama 16 pegawai polis bahagian siasatan jenayah narkotik.

Kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari bermula hari ini, Sabtu dan kes disiasat di bawah Sekyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa kepada hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. 

Selain syabu, polis turut merampas tiga unit telefon pintar, empat unit telefon bimbit, sekeping pasport dan dua kad pengenalan milik kedua-dua suspek. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.