Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sabah tolak cadangan Nazri Aziz - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sabah tolak cadangan Nazri Aziz

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Manjun menolak cadangan Datuk Seri Nazri Aziz untuk kerajaan persekutuan mengenakan levi hospitaliti.

Menurut Masjidi kalaupun levi dikenakan ia harus disalurkan ke kantung negeri.

“Kabinet Sabah berpendapat bahawa jika ada wang yang perlu dicaj atau dilevi, ia harus kembali kepada negeri supaya Sabah mempunyai dana untuk membuat promosi sendiri,” katanya seperti dipetik Harian Ekspres hari ini.

Masidi berkata meskipun memahami pendirian kerajaan persekutuan untuk menjana prndapatan bagi mengharungi tempoh sukar, namun Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu perlu melihat kepada analisis kos dan sebarang levi.
“Pelancongan dilihat sebagai penyelamat kepada ekonomi negara ketika tempoh sukar,” ujarnya.
Beliau mengakui pendapatan pelancongan adalah besar ketika ini namun kebanyakan penggiat tidak menjana banyak keuntungan.

Sabah merupakan destinasi pelancongan domestik dan antarabangsa yang terkenal.

Rabu lalu, Nazri berkata kerajaan persekutuan sedang dalam proses membincangkan perkara berkenaan dengan pemegang taruh, dan jika satu keputusan untuk mengenakan cukai diambil, ia adalah hak Putrajaya.

Cadangan levi berkenaan oleh Nazri mendapat kritikan banyak pihak di Sabah.

Penerbangan langsung dari Korea, China dan Hong Kong banyak diadakan.

Kata Masidi, tiada apa yang salah dalam menyalurkan wang kepada Lembaga Pelancongan Sabah kerana mereka boleh melakukan tugas dengan lebih baik dalam mempromosi Sabah di luar negeri.

“Pandangan saya ialah kita tahu bagaimana untuk menjual Sabah lebih baik berbanding orang lain kerana ini adalah negeri kita dan kita tahu dengan tepat bagaimana untuk menjualnya,” jelasnya.

Nazri sebelum ini dipetik sebagai berkata, sekalipun Sabah memutuskan kemudian untuk mengenakan levi ia tidak mengambil kuasa negeri. – Sarawakvoice

AWANG ALI BOLKIAH di Kota Kinabalu



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.