Hi! Welcome Back and Stay Tune! Norashikin kini bergelar Tengku Permaisuri Selangor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Norashikin kini bergelar Tengku Permaisuri Selangor

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam berkenan melantik isteri baginda, Norashikin Abdul Rahman sebagai Tengku Permaisuri Selangor berkuat kuasa semalam.

Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan itu membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Beliau berkata baginda juga berkenaan mengurniakan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kepada Norashikin yang membawa gelaran Datin Paduka Seri.

Sultan Sharafuddin setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor yang bersidang semalam berkenan mengurniakan darjah kebesaran itu kepada Tengku Permaisuri Selangor.

Baginda diijabkabulkan dengan Tengku Permaisuri Norashikin oleh Mufti Selangor Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid pada 31 Ogos lepas di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Sebelum berkahwin dengan Sultan Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin merupakan pembaca berita untuk RTM1, selain menjadi juruacara majlis terkenal. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.