Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penerbit Hollywood filemkan kisah cinta Brooke terhadap keindahan, hidupan liar, budaya dan rakyat S’wak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penerbit Hollywood filemkan kisah cinta Brooke terhadap keindahan, hidupan liar, budaya dan rakyat S’wak

KUCHING: Sarawak perlu difilemkan penerbit Hollywood untuk ditonton di peringkat antarabangsa agar dapat dipromosikan seantero dunia menjadi “natural studio” bermodalkan sejarah “White Rajah” iaitu Sir James Brooke.

Dari segi ekonomi, ia dapat menjana ekonomi apabila sektor pelancongan turut berkembang dan semakin ramai orang luar mengenali Sarawak.

screen-shot-2016-09-10-at-9-15-13-am

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg berkata, “jika kita lihat penggambaran filem ‘Lord of The Ring’ di New Zealand, jelas filem ini menjadikan New Zealand lebih terkenal sekali gus menyebabkan sektor pelancongan meningkat mendadak.”

Abang Johari memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama-sama Lembaga Pelancongan Sarawak serta Margate House Films memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) menjayakan filem “White Rajah” di hotel terkemuka di Kuching pada Jumaat.

Penerbit filem Hollywood dari Amerika Syarikat, Rob Allyn yang menerbitkan beberapa filem “box office” sebelum ini menerbitkan filem tersebut bersama penerbit dari Britain Simon Fawcett.

Penggambaran filem bermula tahun depan dan mengambil masa dua tahun penyiapannya itu, berkisarkan kisah hidup James Brooke, Rajah pertama Sarawak.

“The White Rajah” mengisahkan drama hebat yang tidak diceritakan berkiatan James Brooke yang begitu menyukai keindahan, hidupan liar, rakyat dan budaya Sarawak.

Penerbit membayangkan membina replika kapal Royalist, kapal layar yang digunakan oleh James Brooke belayar ke negeri ini pada hujung 1830-an.

Kapal tersebut kemudian akan dikekalkan di sini sebagai tarikan warisan.

Bagi Allyn keunikan yang terdapat di Sarawak serta kostum yang berlainan menyebabkan beliau tertarik membuat penggambaran filem di sini.

Dua tahun lepas, beliau pernah melawat Kampung Budaya Sarawak dan beliau tertarik melihat cara berpakaian suku etnik di sini dengan banyak keunikan yang tidak terdapat di tempat lain.

Filem White Rajah bakal menjalani penggambaraan di Sarawak hingga India.

Manakala, menurut Pengerusi Amanah Warisan Brooke Jason Desmond Anthony Brooke semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia sebelum ini, Kerajaan Negeri menyokong sepenuhnya projek filem ini.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan membincangkan projek kerjasama Margate House Film milik Allyn dengan Amanah Warisan Brooke tersebut.

Jason cucu kepada Rajah Muda Sarawak terakhir, Anthony Walter Dayrell Brooke.



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.