Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengkritik kurang cerdik atau membodohkan diri, kata pemimpin Amanah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengkritik kurang cerdik atau membodohkan diri, kata pemimpin Amanah

Kenyataan saya dalam Sinar Harian pada 5 September telah menimbulkan berbagai spekulasi dalam media sosial. Ia ekoran dari teguran saya kepada Mufti Wilayah Persekutuan dalam artikelnya antara lain menyeru ahli parlimen muslim wajib menyokong pindaan RUU 355 yang dibawa oleh ahli parlimen Marang dalam usul persendiriannya pada sesi parlimen yang lalu.

Entah bagaimana gaya pelaporan itu ditulis begitu rupa menyebabkan salah tanggap ‘gaya saya’ menegur. Saya telah pun memohon maaf dalam artikel saya atas kekeliruan ini.

Hebohlah dalam media sosial ‘mengutuk’ saya dan menambahlah dalam senarai label cliché ‘anti-ulamak’ anti-ruu 355′ tak hormat mufti dll. Saya berdiam diri tiga hari tapi mengikuti respons dalam media sosial yang bertubi-tubi ‘menyerang’ saya. Diam saya diam berisi,  pada waktu yang sama, saya menyiapkan artikel untuk menjawab tulisan SS Mufti supaya asas teguran saya diperincikan secara objektif dan intelek.

Saya tidak mengharapkan para pentaasub untuk memahami tulisan saya kerana mereka tiada nilai ilmiah yang amat kritis untuk perdebatan sihat. Artikel saya bertujuan untuk difahami oleh mereka yang bersedia membaca,  berfikir dan menilai hujahan bebas dari virus buta-tuli (atau buta-perut) yang telah mengambil ramai mangsanya dalam alam media sosial hari ini.

Semangat kritikan saya pada SS Datuk Mufti WP adalah atas objektiviti dan bukan merendah-rendahkan keperibadian si penulis mahupun institusi yang diwakilinya. Saya berhati-hati memilih ayat dan perkataan serta membina struktur penulisan atas premis yang jelas.  Pada waktu yang sama,  saya menghubungi sdr Khairol Najib selaku petugas sepenuh masa parti Amanah untuk berhubung dengan Pejabat Mufti Wilayah bagi tujuan kunjungan mahabbah sambil menjelaskan keadaan yang mengelirukan.

Selesai penulisan dua hari,  saya bersedia ke KL untuk memenuhi temujanji yang berjaya dibuat. Kereta saya meluru ke pejabat Mufti terletak di bangunan tinggi atas bukit bersebelahan mesjid negara. Kami bertemu   di tingkat bawah bersama Naib Ketua Pemuda dan ajk Pemuda Amanah,  Ketua Wanita Muda,  Peguam dari biro undang-undang Kanun dan beberapa pegawai media Amanah.

Kami disambut oleh pegawai Pejabat Mufti,  Ustaz Omar Mokhtar Mohd Nor di bilik taklimat bersama beberapa pegawai lain. Mudah untuk saya mesra kerana ayahanda Ustaz Omar Mokhtar adalah sahabat baik saya semasa kami di Melaka dahulu. Suasana pertemuan mesra dengan kami dimulakan dengan paparan video korporat Pejabat Mufti sebagai pengenalan. SS Datuk Mufti Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri tidak ada kerana menunaikan ibadat haji begitu juga dengan timbalannya.

Para pengkritik di media sosial menuduh saya takut bertemu SS Mufti atau saya hanya berani kerana SS Mufti tiada di Pejabat. Sama ada para pengkritik ini membodohkan  diri sendiri atau memang ‘kurang cerdik’,  kunjungan saya bukan atas batang tubuh SS Mufti tetapi ke Pejabat Mufti kerana artikel itu dimuatkan dalam terbitan rasmi Bayan Linnas oleh Pejabat Mufti. Sama ada SS Mufti ada atau tidak Pejabat Mufti akan senantiasa ada dan wakilnya akan bersedia menerima kunjungan sesiapa sahaja atas nama Pejabat Mufti.

Suasana mesra pertemuan diakhiri dengan penyerahan artikel saya 11 muka surat kenapa saya tidak boleh terima gesaan wajib mufti itu supaya MP Muslim menyokong pindaan Ruu 355 oleh Marang. Banyak aspek yang tidak terhurai dalam usul pindaan itu dan dengan menerima gesaan itu, saya tidak berlaku adil pada hak berbahas dan hak meneliti dalam kerangka demokrasi berparlimen.

Pejabat Mufti juga terikat dengan prosedur pentadbiran walaupun ada kebebasan memberi pandangan. Namun jika pandangan itu menjadi hak awam ia juga terdedah pada kritikan,  khusus apabila ditujukan kepada pihak tertentu,  dalam hal ini saya sebagai Ahli Parlimen.

Menarik semasa kontraversi saya dan SS Mufti WP,  Dr Asri Zainal Abidin atau Maza Mufti Perlis membuat kenyataan tentang tidak semua bernama Islam perlu disokong melainkan perlu dibahas dan diperincikan.  Dr Maza yang membuat kenyatan atas kapasiti peribadi bukan pejabat Mufti Perlis.  Dr Maza dikecam hebat dalam fb.

Orang yg sama mengecam Dr Maza adalah orang yang sama mempertahankan mufti WP. Mereka berhujah bahawa Mufti (baca semua mufti) tidak akan cakap melainkan sudah ambil perkiraan syara’ dan lebih memahami. Tetapi agak hairan walaupun Dr Maza berada dalam kategori mufti yang ada perkiraan syarie,  beliau dikecam kerana berbeza pandangam bahawa sesuatu itu perlu dibahas terlebih dahulu termasuklah ia terpakai ke atas pindaan RUU355.

Jelaslah mereka hanya berhujahkan mufti untuk menyokong pendirian mereka,  bukan soal mereka menghormati keilmuan mana-mana mufti ataupun mahu menilai apa yang dikatakan mufti. Mereka serupa macam kelompok pendakwaan terpilih yang dikecam amalannya hari ini. Kalau bahasa kampung hari ini ‘double standard’

Sekurang-kurangnya kontroversi saya dan SS Mufti Wilayah Persekutuan membuka ruang baru perdebatan.  Ia bukan isu saya sokong atau tidak usul Marang pindaan 355,  tetapi soalannya Marang belum memperincikan hujahnya dan kami belum lagi berbahas di dewan parlimen yang mulia,  adilkah saya menyatakan sokongan atau tidak tanpa bahas? Tak perlu jadi orang berilmu untuk memahami prinsip ini,  mari sama-sama kita tunggu perincian dan perbahasan Marang sebagai pembuka bicara di dewan parlimen yang mulia Oktober nanti.

Dr Mujahid Yusof Rawa ialah Ahl Parlimen (Amanah)



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.