Hi! Welcome Back and Stay Tune! Web pro-Najib: Dia terlalu miskin atau ‘bebal’, ‘pemalas’? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Web pro-Najib: Dia terlalu miskin atau ‘bebal’, ‘pemalas’?

 Laman web pendukung Datuk Seri Najib Razak itu berkata lelaki itu tidak rasional, selain mempersoal sama ada dia terlalu miskin atau “sememangnya ‘bebal’, ‘pemalas’, suka menuding jari pada orang lain atas kesalahan sendiri.”

“Pada pandangan penulis, inilah hasil produk yang berjaya dihasilkan oleh pencetus dan penyebar propaganda pembangkang terhadap masyarakat di negara ini hingga mereka terpengaruh, diperbodoh dan gagal memiliki pemikiran yang lebih rasional,” tulis MYKMU.

Malaysiakini semalam melaporkan pelbagai kontroversi melanda membuatkan ada pihak mengambil kesempatan menyalahkannya dalam pelbagai isu, daripada masalah negara kepada isu jalan raya.

Ia antaranya dalam sebuah video dimuat naik di Youtube, memuatkan rakaman seorang lelaki yang mengeluh kerana disaman JPJ kerana tidak memperbaharui cukai jalan.

Beliau justeru mendesak Najib meletakkan jawatannya dengan segera kerana telah banyak menyusahkan rakyat Malaysia, selain mendakwa syarikat insurans “makan banyak sangat”.

Untuk memperbaharui cukai jalan, seseorang itu perlu membayar insurans baru kenderaan terlebih dahulu.

MYKMU mempersoalkan video viral memaparkan seorang lelaki melepaskan kemarahan kepada perdana menteri kerana disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana tiada cukai jalan.

Kenapa tak potong rumput?

Dalam artikel itu juga, MYKMU mempersoalkan, jika kenaikan RM30 itu benar sekali pun, kenapa lelaki itu tidak berusaha mendapatkannya seperti mengambil upah memotong rumput, menoreh getah atau melakukan kerja kampung sampingan.

Bagaimanapun, laman itu berhujah dia tidak terlalu miskin kerana dia mampu memiliki telefon bimbit yang boleh merakam video dan memuat naik video itu di Youtube.

“Jika telefon pintar itu milik kawannya, maka mungkin kawannya itu boleh meminjamkan R30 padanya buat sementara waktu, bukan?”soal MYKMU.

Laman itu bagaimanapun memohon maaf jika lelaki itu tersinggung dengan pandangan penulis di atas.

“Bukanlah penulis berniat menghina, namun penulis kesal dengan tahap minda lelaki itu yang masih gagal berfikir secara rasional dan gagal bermuhasabah diri sendiri.

Harapan penulis agar lelaki itu sedar bahawa mindanya itu agak lemah sehingga berjaya dipengaruhi propaganda pihak pembangkang di negara ini sehingga menyebabkan dia gagal berfikir dengan baik. Harap dia berubahlah hendaknya,” menurut artikel itu.

Sementara itu, semakan Malaysiakini mendapati populariti video itu hari ini melonjak naik daripada ditonton beberapa ratus orang kepada kira-kira 50,000, ketika laporan ini ditulis.



Contributer : Malaysia Chronicle http://ift.tt/2ckw6nU

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.