Hi! Welcome Back and Stay Tune! Keputusan Sabah sertai Persekutuan Malaysia tepat, kata Menteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Keputusan Sabah sertai Persekutuan Malaysia tepat, kata Menteri

TENOM: Masih ada rakyat negara ini yang jahil tentang sejarah kemerdekaan dan pembentukan Malaysia serta peranan dan sumbangan tokoh terbabit kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.

Justeru, kata Datuk Radin Malleh, pelbagai program dan aktiviti yang sesuai perlu dianjurkan di pelbagai peringkat bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat pelbagai kaum.

Menurut Radin, rakyat bernasib baik kerana memperoleh kemerdekaan secara perundingan dan bukannya dengan pertumpahan darah.

Beliau mengakui sejak pembentukan Malaysia 53 tahun lalu, sudah banyak pembangunan, perubahan dan kejayaan dalam pelbagai bidang dinikmati rakyat Sabah.

Meskipun berdepan pelbagai dugaan dan cabaran, namun rakyat mampu menangani dan menangkisnya, katanya.

Sambil mengakui keputusan pemimpin terdahulu untuk sama-sama menubuhkan Malaysia sebagai tepat, beliau menjelaskan melalui kemerdekaan banyak pembangunan dinikmati. Kerajaan juga berjaya mewujudkan kedamaian dan kestabilan sosiopolitik.

Bagi beliau, sejarah pembentukan Malaysia perlu dikisahkan dengan tepat termasuk dalam buku teks bagi mengelakkan salah faham dan membetulkan salah tanggapan dalam kalangan rakyat. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.