Apple Mempatenkan Beg Membeli Belah Kitar Semula
Apple memelihara harta intelek mereka dengan cukup rapi. Mereka tidak teragak-agak untuk menyaman mereka yang cuba meniru rekaan mereka dan telah beberapa kali bertarung dengan Samsung di Mahkamah. Terkini mereka telah memfailkan paten untuk beg kertas membeli belah untuk Apple Store yang terkini. Paten untuk beg kertas ini menunjukkan ia dihasilkan daripada 60% bahan yang dikitar semula.
Tiada plastik digunakan bagi menjaga alam sekitar. Pemegang beg turut dihasilkan dari serat kertas yang direka bagi memberikan keselesaan kepada pemegang. Teksturnya lebih menghampiri tali kasut dari kertas yang boleh melukakan tangan. Paten seperti ini bukanlah aneh bagi Apple. Steve Jobs memegang paten untuk tangga kaca, meja dan sistem pemasangan panel kaca pada Apple Store. Pada pendapat mendiang, keseluruhan aspek rekaan produk sehinggalah bagaimana ia dijual harus sempurna bagi memaparkan imej syarikat yang berprestij.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2dcxaIQ
Post a Comment