Hi! Welcome Back and Stay Tune! SPR Saran Bantah Ikut Saluran Betul - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SPR Saran Bantah Ikut Saluran Betul

SPR saran bantah ikut saluran betul

 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan beberapa pihak bahawa kajian semula persempadanan dibuat bertujuan untuk kepentingan pihak tertentu.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, dakwaan itu tidak benar kerana SPR telah menjalankan peranan dan tanggungjawab sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kuasa meluluskan syor-syor itu terletak di bawah bidang kuasa Dewan Rakyat, setiap ahli parlimen boleh membahaskannya semasa pembentangan di Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sinar Harian semalam melaporkan dakwaan pembangkang yang menyifatkan persempadanan semula oleh SPR sebagai satu pengkhianatan kepada Perlembagaan Negara.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, proses itu akan mengakibatkan 18 daripada 89 kerusi pembangkang terancam kerana didakwa mewujudkan polarisasi kaum dalam negara.

Mengulas lanjut, Mohd Hashim berkata, SPR menyarankan supaya pihak yang berkelayakan membuat bantahan atau representasi harus mengambil peluang dalam tempoh masa yang telah ditetapkan untuk mengemukakan bantahan, bukannya membuat tuduhan melulu terhadap suruhanjaya itu.

“SPR amat mengalu-alukan setiap bantahan dan representasi, namun ia perlu dikemukakan secara rasmi mengikut saluran dan perundangan yang ditetapkan,” tegasnya.

Katanya, masih terlalu awal bagi SPR untuk memberi sebarang ulasan kepada umum mengenai tuduhan kepada badan itu.

“Proses pameran sedang dijalankan dan prosiding siasatan tempatan (local inquiry) akan dijalankan selepas ini bagi menilai bantahan dan representasi daripada pihak pembantah,” katanya.

Mohd Hashim berkata, SPR juga tidak alan membuat kenyataan berkaitan dakwaan yang menyentuh isu kandungan dan syor tersebut kerana ia juga masih di peringkat syor.

“Syor-syor yang dipamerkan itu adalah cadangan awal, bukannya muktamad, ianya perlu melalui proses siasatan tempatan dan perlu mendapat kelulusan Dewan Rakyat sebelum boleh dikuatkuasakan,” katanya.

Bermula Khamis lalu, SPR melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dun bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah.

Kajian itu bagaimanapun didakwa tidak adil oleh beberapa pemimpin pembangkang.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cqDgGX

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.