Masa Tu Poket Hanya Ada RM8 Ribu, Mizz Nina Terima Pinangan – Noh Hujan
Masa Tu Poket Hanya Ada RM8 Ribu, Mizz Nina Terima Pinangan Noh Hujan
Pasangan selebriti iaitu Noh Hujan dan Mizz Nina sememangnya sangat low profile dan tidak mempunyai sebarang kontroversi atau gosip.
Kehebatan percintaan pasangan ini disukai para peminat apatah lagi kini mereka berdua dilihat amat sweet.
Mizz Nina juga telahpun berhijrah dan memakai tudung meninggalkan dunia sebelum inipenuh glamournya.
Buat yang tak tahun, Mizz Nina merupakan antara artis yang hebat suatu ketika dulu sehingga dapat berduet dengan Jay Park, Colby O Donnis dan Flo Rida.
Dalam satu slot motivasi, seorang ellaki bernama Azfar Mohd telah berkongsi kisah Noh Hujan ketika perkenalannya dengan Mizz Nina.
Ini kisah Noh Hujan:
Tiada Pelajaran
“Saya tak berpeluang belajar di ipta.. tamat spm, saya memilih untuk cebur bidang nyanyian..
“Rezeki ikut musim..ada permintaan,ada duit..ada hari,hanya makan nasik lemak pagi.. tengahari dan malam ” berpuasa”
Pinangan Pernah Ditolak
“Pernah pinangan ditolak..sebab takda duit..
“Kemudian niat dalam hati.”ya Allah aku x kutip harta yg haram,aku nyanyi sekadar utk cari rezeki halal,aku tidak buat benda² haram,mudahkanlah urusan aku”..kemudian Allah bukak pintu rezeki..masih merangkak..
Jumpa Mizz Nina, Ada RM8k
“kemudian saya berjumpa misz nina,.saya pinang dia..alhamdulillah dia tak tolak padahal dia orang hebat,anak org hebat..dalam poket hanya ada 8ribu genap.sya ulang, 8ribu genap sahaja dalam akaun utk menikah..
“Saya katakan pada Nina, “girl,if u want to marry me, I’m a nothing .. I have nothing .. I could not promise wealth, but If you looking for someone to take care of you, be the real husband, guide you to Allah, inshaAllah I’m able to do it” .. dan Nina terima..
Sekarang alhamdulillah, dari niat yg baik, dan niat Nina yg baik, menikah dgn saya hanya utk kenal Allah, Nina berubah.. berhijab, sudah tidak make up,baju nya semua besar2 , dia reject semua konsert, tinggalkan dunia nyanyian..
Semuanya, LILLAHITA’ALAA..
so ladies,if you found a man who can increase you level of iman and taqwa and through him ,he guides you to practise Islam,do not let him go,marry him… -Noh hujan-
Perkongsian ini menjadi viral di laman sosial Facebook dan ramai mengagumi Mizz Nina dan Noh Hujan. Memang hebat percintaan pasangan ini. Semoga berbahagia selalu. – PENMERAHDOTCOM
The post Masa Tu Poket Hanya Ada RM8 Ribu, Mizz Nina Terima Pinangan – Noh Hujan appeared first on PenMerah.com.
Penyumbang : PenMerah.com
Post a Comment