Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Hapuskan Mitos Penjawat Awam’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Hapuskan Mitos Penjawat Awam’

Azmin Ali

 

Anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan produktiviti dan kualiti dalam perkhidmatan demi kemajuan dan kemakmuran negeri.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, golongan berkenaan perlu lebih berilmu, produktif dan berdaya saing dalam melaksanakan peranan masing-masing bersesuaian dengan keadaan serta cabaran masa kini.

“Mitos yang sering kita dengar sebelum ini ialah anggota perkhidmatan awam datang antara jam 8 pagi hingga 4 petang dan pulang begitu sahaja.

“Ia harus dihapuskan kerana kita kena yakin mereka mempunyai potensi besar dan bakat berbeza yang perlu dimanfaatkan bukan sekadar menjalankan tugas mengikut piagam semata-mata,” katanya.

Beliau berkata, oleh kerana itu kerajaan negeri positif menggilap potensi penjawat awam negeri melalui kesukanan.

“Hari ni kita lihat penyertaan besar dalam kontinjen SUK Negeri Selangor ke Sukan SUK Se-Malaysia.

“Ia menunjukkan potensi ini harus digilap dengan semangat kesukanan dan disiplin tinggi sekali gus dapat memberi perkhidmatan yang baik kepada negeri,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen SUK Selangor ke Kejohanan SUK Se-Malaysia di Auditorium Dewan Jubli Perak, semalam.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cqE2n9

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.