Hi! Welcome Back and Stay Tune! Persatuan Hokkien Terus Kumpul Tandatangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Persatuan Hokkien Terus Kumpul Tandatangan

Persatuan Hokkien

 

PERSEKUTUAN Persatuan Hokkien Malaysia akan terus mengumpulkan tandatangan membantah hukum hudud walaupun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah hadir memberi penerangan mengenainya, Ahad lalu.

Presiden persatuan tersebut, Tan Sri Khoo Chai Kaa berkata, pihaknya mempunyai tanggungjawab terus mengumpulkan tandatangan sehingga mencapai matlamat iaitu sebanyak satu juta tandatangan untuk diserahkan kepada ahli-ahli Parlimen bulan hadapan.

“Sehingga hari ini, pihak persatuan kami telah berjaya kumpul 700,000 tandatangan. Kami harap sasaran satu juta tandatangan dapat tercapai pada bulan hadapan.

“Sebab itulah kami tidak serahkan memorandum ini kepada Abdul Hadi kerana kempen ini masih berjalan,” katanya kepada Sin Chew Jit Poh.

Beliau berkata, selepas sesi penerangan Ahad lalu, persatuan sedia mengadakan sesi seperti itu buat kali kedua sekiranya perlu.

“Apa yang penting ketika ini ialah saya harap akan ada lebih banyak persatuan Cina seluruh negara untuk menyokong usaha yang kami lakukan ini.

“Biarlah lebih banyak persatuan Cina tampil dan menyuarakan pandangan mereka,” katanya.

Chai Kaa turut menjelaskan, walaupun sesi penerangan Ahad lalu tidak diadakan perbincangan antara dua pihak, sekurang-kurangnya pertemuan itu membolehkan luahan daripada masyarakat Cina telah didengari oleh pemimpin-pemimpin Pas.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cVgRm6

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.