SanDisk Memperlihatkan Kad SD Dengan Storan Mencapai 1TB
SanDisk merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena pengeluaran kad memori mudah-alih, termasuk kad SD. Terkini, hari ini mereka memperlihatkan prototaip untuk kad SD yang menyertakan ruangan storan sehingga 1TB.
Kad SDXC ini masih pada peringkat prototaip lagi buat masa ini, dan mungkin mengambil masa untuk dikomersialkan – apatah lagi harga jualannya kelak mungkin sedikit tinggi dan tidak sesuai untuk pengguna umum, sebaliknya lebih ditujukan kepada pengguna professional.
Kad memori dengan ruangan storan yang tinggi diperlukan pada masa kini, apatah lagi dengan populariti rakaman video dalam bentuk 4K dan juga dalam bentuk 360-darjah.
Bagi anda, sekiranya ia dipasarkan kelak, adakah anda akan mendapatkannya?
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2czYZKb
Post a Comment