Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fungsi Selular Sejumlah iPhone 7 Gagal Beroperasi Selepas Mengaktifkan Mod Kapal Terbang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fungsi Selular Sejumlah iPhone 7 Gagal Beroperasi Selepas Mengaktifkan Mod Kapal Terbang

Mod kapal terbang atau Airplane Mode merupakan salah satu ciri yang disertakan pada pelbagai telefon pintar, membolehkan pengguna memilihnya untuk mematikan pelbagai sokongan selular dan rangkaian yang terlibat pada peranti berkenaan.

Seperti biasa, selepas mematikan fungsi tersebut, peranti akan berhubung semula ke rangkaian selular serta-merta. Walaubagaimanapun, untuk sejumlah peranti iPhone 7 dan iPhone 7 Plus, ia gagal berlaku.

Menurut beberapa pengguna, peranti iPhone 7 mereka gagal berhubung kembali ke rangkaian selular selepas mematikan fungsi mod kapal terbang. Daripada info awal, ia dikatakan Apple mengarahkan beberapa pusat khidmat untuk reboot kembali iPhone berkenaan, ataupun sekiranya berterusan, pengguna perlu mengeluar dan memasukkan kembali kad SIM mereka.

Buat masa ini, ia tidak diketahui penyebabnya – dan sama ada ia berkait dengan iOS 10 terkini ataupun masalah pepijat pada iPhone 7 sahaja.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2d4eTx2

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.