Hi! Welcome Back and Stay Tune! Persempadanan Semula: Langkah Agresif, Ramai Pihak Rugi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Persempadanan Semula: Langkah Agresif, Ramai Pihak Rugi

Takiyuddin Hassan

 

Pas berpandangan persempadanan semula yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat agak agresif dan boleh merugikan parti-parti pembangkang di negara ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, banyak aspek yang dilihat terkesan dengan persempadanan tersebut terutamanya apabila ia melibatkan kawasan-kawasan yang telah dimenangi sebelum ini.

“Pas juga sependapat dengan parti politik lain yang melihat persempadanan ini sebagai merugikan. Tidak keterlaluan jika saya katakan ia dilihat sebagai langkah untuk memastikan kemenangan menyebelahi BN.

“Malah persempadanan ini juga memberi kesan kepada hubungan masyarakat, perkauman dan perpecahan penduduk. Kami melihat ia sebagai satu ketidakadilan dalam sistem politik demokrasi di Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Pas Pusat telah mengeluarkan arahan kepada semua Pas Negeri bagi mengadakan satu mesyuarat khas untuk mengkaji lebih lanjut mengenai persempadanan ini mengikut kawasan masing-masing.

Beliau juga berkata, keputusan dan hasil kajian tersebut akan dibawa ke mesyuarat Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat pada 24 September ini.

Takiyuddin berkata, Pas juga berpandangan, SPR seharusnya memanggil wakil setiap parti politik bagi membincangkan mengenai persempadanan semula jika mahu ia dilakukan dengan lebih adil.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cqDZbb

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.