Hi! Welcome Back and Stay Tune! HTC Memperkenalkan HTC Desire 10 Pro Dan Desire 10 Lifestyle - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HTC Memperkenalkan HTC Desire 10 Pro Dan Desire 10 Lifestyle

HTC hari ini telah memperkenalkan dua peranti baru dibawah keluarga HTC Desire, dinamakan sebagai Desire 10 Pro dan juga Desire 10 Lifestyle. Dengan penggunaan nama Desire, seperti ramai sedia maklum, ini adalah peranti berspesifikasi pertengahan daripada HTC, tetapi menawarkan rekaan yang berasaskan kepada peranti HTC 10.

HTC Desire 10 Lifestyle

Pertama sekali adalah HTC Desire 10 Lifestyle yang mana menawarkan rekaan elegan dan turut dilengkapi dengan sokongan audio Hi-Res 24-bit, serta dilengkapi dengan sokongan HTC BoomSound H-Fi.

HTC Desire 10 Lifestyle menawarkan beberapa spesifikasi yang sedikit rendah, dan tiada sokongan pengimbas cap jari. Peranti bersaiz 5.5-inci ini hanya menyertakan paparan 720p sahaja, dilengkapi cip Snapdragon 400, memori dalam pilihan 2GB atau 3GB RAM, dan ruangan storan dalam pilihan 16GB atau 32GB. Melengkapkan peranti ini adalah kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

HTC Desire 10 Pro

HTC Desire 10 Pro pula menawarkan spesifikasi sedikit tinggi, iaitu skrin dengan paparan 1080p, cip pemprosesan MediaTek Helio P10, memori dalam pilihan 3GB atau 4GB RAM, dan ruangan storan dalam pilihan 32GB atau 64GB. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera belakang 20-megapixel dan kamera hadapan 13-megapixel. Peranti ini turut dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari.

HTC Desire 10 Pro

HTC telah mula menawarkan Desire 10 Lifestyle di beberapa negara bermula hari ini, dan HTC Desire 10 Pro akan hadir ke pasaran dalam beberapa minggu lagi. Buat masa ini, kedua-dua peranti ini tidak diketahui lagi sama ada akan memasuki pasaran tempatan ataupun sebaliknya.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2cDVQuJ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.