Hi! Welcome Back and Stay Tune! 4 perbezaan kuasa-kuasa Sultan sebelum dan selepas Krisis Perlembagaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

4 perbezaan kuasa-kuasa Sultan sebelum dan selepas Krisis Perlembagaan

4 perbezaan kuasa-kuasa Sultan sebelum dan selepas Krisis Perlembagaan

Mungkin ada di antara kita yang pernah terdengar pasal kes Douglas Gomez, seorang jurulatih hoki yang dipukul oleh ahli kerabat pada tahun 1992. Semuanya gara-gara sebab Johor kalah final dalam Malaysian Games pada tahun sebelumnya.

Kes ni telah menarik perhatian ramai orang, dari rakyat biasa sampailah ke pihak atasan kerajaan. Time ni semua orang start bising secara terbuka dan tertanya-tanya, macam mana kuasa-kuasa sultan boleh kebal sangat? Dan isu ni sebenarnya dah lama dipersoalkan, sejak 1981 lagi.

Bukan kebal peluru lah, kebal dari undang-undang. Gambar dari Shangai Metal Corporation.

Akhirnya pada tahun 1993, Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafa Baba pun membangkitkan isu ni kat parlimen dan kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang bersetuju dengan proposal tersebut. Pada masa yang sama PM Tun Mahathir Mohamad telah mendapatkan persetujuan 6 daripada 9 sultan/raja untuk menggubal undang-undang.

Jadi macam mana undang-undang tersebut mempengaruhi kuasa raja-raja di Malaysia?

1. sultan/raja tak boleh lantik EXCO Negeri

Atas kertas memang Agong pegang pangkat tertinggi kat dalam institusi negara, tapi baginda masih terikat dengan perlembagaan dan hampir semua kuasa pentadbiran negara telah diberi kepada pihak kerajaan kecuali benda-benda yang melibatkan hak Melayu, Islam dan kelulusan undang-undang baru. Dan bercakap pasal undang-undang…

Sebelum ni, semua rang undang-undang kena ada sign dari Agong. Secara ringkasnya, proses ni bermula dengan mendapat kelulusan dari Dewan Rakyat, kemudian dibawa naik ke Dewan Negara dan akhir sekali dapat cop mohor Agong sebelum ia dijadikan sebagai undang-undang negara.

Gambar dari giphy.com

Tapi kalau Agong tak sign, ia tetap akan diluluskan. Malah kalau majoriti parlimen setuju ia akan automatik jadi undang-undang. Perubahan inilah yang baru-baru ni telah digunakan oleh PM Najib untuk meluluskan Akta MKN yang juga dikenali sebagai Akta Diktator.

Klik untuk baca macam mana PM Najib gunakan pindaan ni untuk meluluskan Akta MKN.

Di peringkat Negeri, lain pulak kisahnya. Sebelum Krisis Perlembagaan, semua sultan dan Raja kena sign Perlembagaan Negeri sebelum ia diluluskan. Tun Mahathir pernah kasi ucapan pasal isu ni, dia kata:

“Tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-Raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat” – 18 Januari 1993.

Dan macam sebelum ni, sultan/raja boleh lantik Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri, dan Pegawai Kewangan Negeri. Tapi sekarang kuasa tu dah kena tarik dan isu ni telah dikemukakan oleh pihak pembangkang sebab dari pandangan mereka, undang-undang ni melanggar kuasa negeri.

Pasal darurat pula masih kena ada sign dari Agong, malah hanya dia seorang je boleh isytihar dan tak perlu undian dari parlimen tapi kena ada nasihat dari Perdana Menteri. (Tapi baru-baru ni dengan Akta MKN yang diusulkan PM Najib, PM pun mungkin boleh ada kuasa mengisytiharkan ‘Kawasan Kecemasan’ serta mengambil-alih tentera).

2. Kerabat tak boleh terlibat dalam dunia politik

Pada zaman kesultanan Melaka, semua kuasa pentadbiran dari benda-benda kecil sampai lah isu besar akan dikendalikan oleh sultan atau istana. Time zaman penjajah pula, sultan masih mempunyai kuasa cuma kena dengar cakap penjajah yang kononnya ‘consultant’. Tapi lepas merdeka lain pula cerita.

Gambar dari sebuah video kat Youtube pasal Balairung Seri. Tekan kat gambar untuk tonton.

Secara ringkasnya Agong berkhidmat untuk negara, sultan/raja berkhidmat untuk negeri, manakala Perdana Menteri dan Menteri Besar mewakili Dewan Rakyat di mana mereka diperlukan untuk menasihati Agong dalam hal ehwal negara. So kat situ kita dah ada sistem di mana masing-masing bergantung antara satu sama lain.

Tapi seorang professor dari UIAM berkata, sultan-sultan tak boleh masuk campur hal politik sebab kedudukan mereka lain daripada rakyat biasa tapi kalau nak juga masuk politik, mereka hanya boleh tegur je takye pun suarakan pendapat mereka time perjumpaan Majlis Raja-Raja.

sultan/raja dan Agong lepas meeting Majlis Raja-Raja. Gambar dari expatgo.com

Meeting Majlis Raja-Raja ni pula dihadiri oleh semua sultan-sultan dan juga Perdana Menteri untuk berbincang pasal masalah negeri masing-masing, mereka ibarat wakil rakyat yang tak dilantik tapi kedudukan tersebut membenarkan mereka untuk bincang pasal isu-isu negara.

3. Penubuhan Mahkamah Khas Raja-Raja

Sebelum 1993, sultan/raja diberi keutamaan lebih dari rakyat biasa dan tak boleh didakwa dalam perbicaraan dalam mana-mana mahkamah pun. Basically kita sebagai rakyat biasa-biasa tak boleh nak tuduh sultan/raja apa-apa, dari masalah kecil sampailah besar sebab undang-undang memang tak kasi.

Lepas krisis Perlembagaan 1993, kerajaan telah menubuhkan Mahkamah Khas Raja-Raja di mana semua masalah atau tuduhan terhadap sultan/raja boleh dikemukakan kat mahkamah ni. Dan kuasa mahkamah ni boleh tahan power juga sebab ia merangkumi semua mahkamah lain termasuk jugalah Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan. Manakala segala tuduhan hanya dilayan selepas tahun 1993, sebelum tu ia tak ambil kira.

Bercakap tentang tuduhan terhadap sultan/raja, kita tak boleh senang-senang nak bawa mereka ke mahkamah tau. Mengikut perlembagaan Perkara 183, orang biasa macam kita ni kena dapat kebenaran dari Peguam Negara baru boleh proceed nak dakwa sultan/raja.

Mungkin ada yang tertanya-tanya “Ada ke yang nak saman sultan atau kerabat?” Ada je. Contoh yang famous adalah kes Kerabat Diraja Kelantan pada tahun 2009/2010, adik beradik kerabat Kelantan telah bergaduh di mana abang telah menyaman adik menggunakan mahkamah Khas Raja-Raja. Agak kecoh jugalah kes ni sampaikan Unit Tindakan Khas (UTK) pun masuk campur… wooaah.

4. Penglibatan sultan/raja dalam dunia bisnes

Kami tak pasti samada sultan/raja boleh melibatkan diri dalam industri perniagaan ke tak tapi kalau korang research pasal Krisis Perlembagaan tu, salah satu topik yang sering dinaikkan adalah sultan/raja tak boleh terlibat secara aktif dalam bidang perniagaan melainkan melalui pegangan amanah.

Walaupun perlembagaan takde kata apa-apa mengenai isu nii, tapi ada sorang ahli parlimen UMNO kata yang kerabat boleh je nak buat bisnes, janji ia diluluskan oleh pihak kerajaan Negeri dan Persekutuan. Wakil pihak pembangkang pun bersetuju, cuma dia kata isu di sini adalah berani tak berani je untuk Menteri tegur atau kasi nasihat.

Gambar dari The Sun Daily.

Malah sorang peguam yang SOSCILI contact berkata, walaupun Perlembagaan tak kata apa-apa tapi memandangkan sultan/raja adalah sorang tokoh masyarakat ia tentu akan menarik perhatian sesetengah pihak untuk menyoal. Tapi isu ni tak menghalang sultan/raja melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

Kita ambil contoh macam Sultan Ibrahim dia pernah kata elaun diberi oleh pihak kerajaan tak mencukupi dan untuk menyara hidup, Sultan Ibrahim telah melibatkan diri dalam dunia bisnes. Tapi tak semua setuju dengan tindakan kerabat melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

Satu kajian mengenai kuasa Raja Melayu dari sebuah universiti di Kanada, mereka mendapati bahawa sesetengah ahli perniagaan Melayu dan juga bukan Melayu rasa tak adil bila kerabat melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Lagi-lagi apabila mereka mempunyai status dan kenalan yang lagi hebat dari orang biasa.

Gambar dari sott.net

Tapi penglibatan mereka tak semestinya tak elok, contohnya macam kat Johor buat masa ni banyak kemajuan di  negeri tu telah dilakukan oleh kerabat. Johor Bahru telah menjadi bandar terbesar di selatan Malaysia dan sering menjadi tempat perhentian untuk kaki traveler. Malah negeri tu terima banyak investment dari negara China dan Singapura di mana ia telah menguntungkan ekonomi penduduk tempatan.

Walaupun perlembagaan diubah, pengaruh raja-raja masih kuat di kalangan rakyat

Salah satu sebab kenapa kuasa sultan/raja kena sekat adalah isu salah guna kuasa dan kekebalan undang-undang, contohnya kes Sultan Kelantan tak nak bayar cukai import kereta yang berharga RM800,000 dan kes Douglas Gomez yang kena bantai dengan kerabat Johor. Walaupun bukan semua kerabat yang buat hal tapi ia telah mendatangkan kerisauan dalam hati rakyat.

Malangnya, perlembagaan yang diubah ini juga memberikan peluang untuk penyalahgunaan kuasa di kalangan pemimpin, seperti yang telah berlaku kepada kelulusan Akta MKN yang tidak mendapat perkenan Agong tempoh hari. Apa yang menakutkan, dengan undang-undang baru tersebut, PM pun boleh berkuasa macam Agong! Malah Tun M sendiri ada meminta maaf pasal perkara ini.

Klik untuk baca kenapa Akta MKN ini agak menakutkan.

Namun ini tak bermakna pengaruh sultan dan raja-raja telah berkurang. Sultan/raja masih lagi banyak memberi komen dalam isu semasa. Malah baru-baru ni, Majlis Raja-Raja sendiri telah memberikan komen pasal isu 1MDB, menggesa agar kemelut tersebut diselesaikan segera. Hal ini membuatkan rakyat terus bergantung harap kepada raja-raja

Klik untuk baca akan pengaruh Majlis Raja-Raja terhadap kerajaan.

Mudah-mudahan sultan dan majlis raja-raja akan teruse mengimbangkan kuasa pemerintah bagi mengekalkan kemakmuran di negara kita ini!



Sumbangan : SOSCILI http://ift.tt/2de3qe5

a href='http://ift.tt/2dfzQXt' imageanchor='1' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;'>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.