Apa Dokumen Yg Rafizi Serah Pada Jamal? Saman Kalau Tak Betul
Menurut ketua baju Merah, Jamal Yunos, sebahagian dokumen yang diserahkannya kepada pihak polis berhubung dakwaan Bersih 5 diresapi anasir pengganas IS, adalah diperolehinya sendiri daripada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Dakwaan ini sekalipun telah dinafikan Rafizi tapi tetap membuat kami penyokong di luar ini tertanya-tanya kenapa hanya penafian sahaja, kenapa tidak disusuli dengan tindakan undang-undang?
Sudah menjadi amalan di Malaysia bahawa betul atau salah sesuatu perkara itu mestilah berdasarkan saman, kalau ada saman maksudnya tak bersalah, tak ada saman, maksudnya bersalah. Amalan ini sudah diterima pakai sekian lama selain proses undang-undang yang biasa melibatkan pihak polis, peguam negara dan sebagainya.
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin sendiri telah memulakan proses saman ke atas Jamal Yunos berhubung dakwaan yang sama tapi Rafizi pula hanya buat penafian air liur begitu saja.
Rafizi perlu memulakan tindakan saman ke atas Jamal Yunos dengan seberapa segera atau kita boleh sahaja mengangap semua dakwaan Jamal itu adalah benar semuanya dan sememangnya Rafizi ada menyerahkan dokumen kepada Jamal sehingga dakwaan serius seperti ini timbul.
Tak boleh nak guna alasan Jamal seorang gila dan dia tidak mahu menjadi gila sama. Itu perbandingan macam mana, takkan Maria Chin (yang menyaman Jamal) pun gila?
Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2e0nrIX
Post a Comment