Hi! Welcome Back and Stay Tune! Enam hari untuk larikan wang syarikat RM135 ribu di Stutong, polis buru bekas pengutus cawangan syarikat pakaian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Enam hari untuk larikan wang syarikat RM135 ribu di Stutong, polis buru bekas pengutus cawangan syarikat pakaian

KUCHING: Kerana pecah amanah, seorang lelaki yang juga bekas pengurus cawangan salah sebuah perniagaan pakaian di sini dicari Polis Kuching bagi membantu siasatan setelah satu laporan polis dibuat oleh pemilik premis perniagaan terbabit.

Difahamkan, pemilik salah sebuah perniagaan pakaian di Stutong Parade, dekat sini telah membuat laporan polis berkaitan bekas pekerjanya yang disyaki melarikan wang perniagaan berjumlah RM135,540.70 untuk kepentingan diri sendiri.

Suspek dikatakan telah mengambil wang hasil jualan harian premis perniagaan tersebut selama 6 hari di antara tarikh 6 September 2015 hingga 16 September 2016.

Sebagai Pengurus Cawangan, suspek telah diamanahkan untuk membuat kutipan hasil jualan daripada juruwang dan Pembantu Pengurus Cawangan untuk dimasukkan ke dalam akaun syarikat.

Bagaimanapun, pemeriksaan oleh kerani kewangan syarikat mendapati wang tersebut tidak di’bank-in’ ke dalam akaun.

Beberapa pekerja lain di premis perniagaan tersebut telah mengesahkan ada menyerahkan wang tunai kepada bekas pengurus cawangan tersebut selain terdapat laporan kewangan yang telah ditandatangani oleh bekas pengurus tersebut.

Beberapa hari selepas ‘ditangkap’ melakukan jenayah tersebut, suspek telah menghilangkan diri dan gagal dikesan oleh pemilik perniagaan terbabit.

Bertindak daripada laporan polis yang dibuat, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching telah menjalankan siasatan ke atas aduan tersebut di bawah seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Beberapa saksi telah dipanggil dan diambil keterangan bagi membantu siasatan pihak polis.

Dokumen kewangan berkaitan turut dirampas untuk siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan pihak polis telah mengenal pasti suspek.

Tindakan untuk mengesan alamat suspek telah dijalankan dan serbuan di beberapa alamat yang berkaitan telah dibuat, namun suspek gagal ditemui untuk masa ini.

Maklumat yang diperolehi daripada orang awam mendapati suspek telah melarikan diri setelah mengetahui dirinya dikehendaki oleh pihak polis.

Tindakan untuk mengesan suspek masih lagi giat dijalankan. Sekiranya disabit bersalah, suspek berhadapan hukuman penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun, selain sebat, dan denda.

Orang ramai yang mengetahui akan lokasi terakhir suspek diminta menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau terus berhubung dengan Pegawai Penyiasat Sarjan Siti Aisyah Ghazali di talian 012-2719875 atau Pegawai Risikan Operasi iaitu Inspektor Mohd Hafizi Arifin di talian 012-5140622. – Sarawakvoice

ad3ce270-81d8-4480-947e-ad1a0153c9c4



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.