Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pas Bukan Alat Pihak Lain - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pas Bukan Alat Pihak Lain

Tuan Ibrahim Tuan Man

 

Pas tidak akan sesekali menjadi alat untuk pihak lain mengambil kesempatan dan mencapai hasrat mereka.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu hanya akan menyokong sesuatu yang menguntungkan dan selaras dengan perjuangan Islam yang menjadi dasar Pas.

“Seperti bisnes, di dalam politik juga ada pertimbangan untung rugi terhadap apa yang dianggap bernilai bagi parti masing-masing. Bagi Pas, Islam berada di kedudukan tertinggi.

“Ada masanya, Pas hanya memberikan sokongan moral kepada agenda bersama yang dipersetujui Pas, akan tetapi tidak menyertai program untuk mengelak pihak lain mengambil kesempatan demi matlamat lain yang tidak selaras dengan matlamat Pas,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, sejarah pernah membuktikan gerakan Islam menjadi penggerak kepada perjuangan menuntut keadilan dan menjadi mangsa kepada kezaliman pimpinan, namun hasilnya dinikmati oleh pihak lain.

“Cukuplah gerakan Islam menjadi alat bagi mencapai hasrat golongan sekular untuk mencapai hasrat mereka, namun apabila mereka berjaya, Islam akan terus ditekan dan terus menjadi mangsa,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, situasi itu juga pernah berlaku terhadap Pas apabila diminta menyokong pelbagai gerakan dan program pihak lain.

Bagaimanapun katanya, apabila tiba soal perjuangan Islam yang dipelopori Pas, ada dalam kalangan mereka menjadi penentang.

“Tiada parti yang mungkin akan bersama dengan pihak yang hanya ingin mengambil kesempatan dengan apa yang dimiliki oleh parti tersebut.

“Pas tidak berkecuali dalam hal ini, sebagaimana ditegaskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Pas tidak akan menjadi anak tangga bagi pihak lain,” katanya.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dudFg3

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.